Thursday, September 3, 2020

Cuti Hujung Minggu Merdeka Di Perak

Edit Posted by with 11 comments
Plan asal CP nak balik ke Kedah masa cuti hari Merdeka yang lepas.
Tapi memandangkan virus Covid-19 tengah meriah di sana,
CP tak berani nak ambil risiko.
Jadi, CP ubah hala tuju CP ke rumah abang di Manjung, Perak.
CP balik dengan Dillah petang Jumaat (28-08-2020) lepas habis waktu kerja.
Cik dan Ngah pun datang ke Manjung juga bersama dengan Mimi dan Syikin.

29-08-2020 (Sabtu)

Pagi Sabtu tu tak pergi ke mana-mana pun.
CP tunggu ketibaan Cik dan rombongan.
Petang tu lepas Asar, CP keluar dengan anak-anak sedara
pergi ke Temple Tua Pek Kong yang terletak di Kampung Pasir Panjang.




Kemudian jalan kaki sikit, kami sambung bergambar di kawasan paya bakau.
Ada beberapa pasangan pengantin datang photo shoot kat situ.



Balik rumah, lepas Maghrib kami keluar semula.
Asalnya nak makan ikan bakar tapi semua kedai full.
Jadi, kami makan di Adlina Corner kat food court Dataran Lumut je.






Lepas makan jalan-jalan sekejap kat dataran tu.
Dataran pun ramai orang.





Kemudian balik rumah... zzZZZZzzzzzz...


30-08-2020 (Ahad)

Hari ni CP dan rombongan Cik pergi ke Ipoh.
Tujuan utamanya nak pergi hantar barang ke rumah kawan Syikin.
Tujuan sampingan yang lain, nak jalan-jalan cari makan leeee... 😁
Kami bergerak dari Manjung dalam pukul 11 lebih.

Tempat singgahan pertama kami ialah ke Canning Dim Sum.



Kemudian kami ke kedai Hokaido Ice Cream Puff.
Beratur panjang uols...!!
Tak boleh makan kat sini, take away je yang dibenarkan.



Singgah sekejap bergambar di Stesen Keretapi Ipoh.



Sebaik habis bergambar, hujan dah mula turun rintik-rintik.

Kami terus ke rumah kawan Syikin.
Haa.. masa ni hujan dah mula lebat.
Syikin jumpa kawan dia pun sekejap je.
Lepas bagi barang, sembang sekejap kemudian kami terus gerak.

Kami singgah di Kafe Setinggan.
Hajat hati nak makan laksa sarang.
Rupanya sama macam kedai Hokaido tadi, kena take away.
Tak boleh makan kat situ.


Masa kat kafe ni, hujan turun lebat gile.
Terpaksa lah batal hajat nak sambung jjcm dan juga bergambar kat tempat lain.
Perjalanan balik kami ke Manjung, diiringi dengan hujan super lebat.


Sampai di Manjung pukul 7 malam.
Kami tak terus balik ke rumah abang tapi kami lajak ke Lumut.
Ngah dan Cik nak beli ikan bilis.
Jadi, kami ke Kedai Hasil Laut Jamilah.





Sampai rumah abang dalam pukul 8 lebih.
Makan malam kami untuk malam tu ialah laksa sarang.


Sumpah sedap..!!
CP tak cukup semangkuk tu wei... 😅


31-08-2020 (Isnin).

Cik dan rombongan bertolak balik ke Kedah dalam pukul 11 pagi.
CP dan Dillah bertolak balik ke KL pukul 3 petang.
Dari Manjung kami ikut jalan kampung hingga ke Behrang.
Masa ni traffic clear je.. lancar je perjalanan.


Sebaik masuk ke highway.. nahhh...!!!!
Melekat weiii.. perjalanan yang sepatutnya 3 jam je jadi 5 jam.


CP sampai kat rumah abang di Amcorp Suite pukul 8.15 malam.
Kemudian ambil grab balik ke Kajang.
Minta kakak grab lencong ke BTHO kejap.
CP hantar barang kat rumah kakak.
Selamat sampai di Kajang pukul 9.30 malam.

Tamat sudah cuti hujung minggu yang panjang ni.
Alhamdulillah hilang rindu dengan keluarga walaupun tak dapat jumpa semua.



11 comments:

  1. banyak juga tempat meanrik kat perak ni..tak pernah pi perak untuk jejalan..boleh buat day trip nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak.. CP pergi beberapa tempat je tu.. banyak lagi yang tak pergi

      Delete
  2. CP, cutenya gambar yang nombor satu! Seronoknya dapat jalan-jalan ek ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mekasih
      Ye seronok.. tambah pula dapat jalan-jalan dengan family :)

      Delete
  3. Stesen Keretapi Ipoh tu wajib bergambar... hehe

    ReplyDelete
  4. Wuaaah asiknya jalan-jalan sampai ke Ipoh ...

    Ipoh itu seingatku adalah kota asal bintang laga Mandarin Michelle Yeoh, betul ngga kak ?

    ReplyDelete
  5. Bestnya jalan jalan IPOH. Haritu pergi IPOH tak jalan sangat. Tak sempat nak explore ipoh. Nak jalan jalan cari makan juga.Hari raya tu memang jammed teruk kan. Masing-masing balas dendam raya puasa aritu tak dapat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun tak puas tu sebab banyak lagi tempat tak pergi

      Delete