Thursday, September 10, 2020

Food Walk:: Ole-Ole Bali, IOI City Mall

Edit Posted by with 8 comments
Hari tu masa tengah menunggu giliran untuk masuk ke Retoran KFry [sini]
CP berdiri menghadap dengan Restoran Ole-Ole Bali ni.
Nampak makanan dia macam sedap je.

Seperti biasa lah...

Emi, jom p makan kat Ole-Ole Bali nak tak?

Boleh je. Dah lama aku tak makan.


Kami ajak Ib juga tapi dia tak free.
Dia nak ke Melaka ziarah adik ipar dia tak sihat.

Kami ke branch Ole-Ole di IOI City Mall.
Kami sampai sana dalam pukul 11.30 pagi.
Orang masih belum ramai.
Tak payah beratur, terus je dapat meja.


CP suka suasana restoran ni.
Terasa macam berada di Bali pula walaupun hakikat nya
CP belum sampai lagi ke Bali ๐Ÿ˜…






Memandangkan CP first time nak makan kat sini jadi, pilihan menu
CP serah kepada yang pakar lah.
Emi dah beberapa kali makan di Ole-Ole Bali ni.
Emi pilih 2 set.. satu ada ayam dan satu lagi ada daging.

Set pertama yang Emi pilih nama Bali Trio.

Bali Trio

Dalam set ni ada sotong goreng tepung, sate lilit dan kepak ayam bakar.
Disertakan dengan sambal terasi, sambal matah dan tartar sos.

Sotong Goreng Tepung

Sate Lilit. Serai dia besar gile ๐Ÿ˜…

Kepak Ayam Panggang

Set kedua yang Emi pilih namanya Iga Mepanggang.

Iga Mepanggang

Dalam set ni ada nasi, beef ribs bersama dengan kelapa bakar dan kuah kacang.

Beef Ribs

Kelapa Bakar

Keropok

CP suka dengan beef ribs tu... sedap..! ๐Ÿ˜‹

Kami oder tambah 2 nasi.

Comel kan bekas nasi ni?

Nasi ni kalau orang tak makan banyak, boleh share 2 orang.
Tapi kalau penggemar nasi, satu ni untuk sorang je ๐Ÿ˜Š

Untuk air, kami oder tiga jenis air yang berlainan.

Green Apple Splash

Lemongrass Mojito

Roseship And Salted Plum

Happy dapat makan besar ๐Ÿ˜



Hajat hati kekonon last sekali tu nak oder dessert.
Tapi.. Allah kenyang sangat dah. Perut padat.
Next time lah kita datang try dessert dia.

Sedap tak?

Emm... biar video ni yang tolong jawab kan lah ๐Ÿ˜


Kedai ni terletak di Level G berdepan dengan KFry.
Nak senang akses, guna eskelator depan Tesco.

Selain IOI, branch lain ada kat DPulze Cyberjaya,
Sunway Pyramid dan di Empire Subang.




8 comments:

  1. Wuaah ..., terobati rasanya ya belum sempat datang ke Bali setelah datang ke resto ini.
    Semoga kelak terlaksana keinginan kak Pya liburan ke Bali.

    Di resto ini disediakan penyewaan busana adat Bali untuk property berfoto tidak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...
      Ngak ada sewaan busana di sini. Hanya untuk makan aja..

      Delete
  2. cantiknya deko2 dia CP, makanan pun nampak sedap2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan?
      Not bad makanan-makanan dia.
      Boleh lah kalau nak repeat lagi :)

      Delete
  3. Sate lilit tu paling rare dan menarik untuk dicuba. Yang lain semua nampak sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sate lilit tu pun sedap.
      Besar betul serai yang dia gunakan tu.
      Boleh bawa balik untuk buat masak hehehe

      Delete
    2. Dapat bayangkan besar serai tu. Untung juga kalau dapat bawak balik buat masak :)

      Delete
    3. Emi cakap, bos dia pernah bawa balik serai tu hahaha

      Delete