Monday, October 26, 2020

Allah Bayar Cash

Edit Posted by with 14 comments

CP terbaca status seorang kenalan di Facebook mengenai rezeki

CP teringat dua kejadian yang berlaku pada CP.
Kejadian pertama berlaku dalam 5 tahun lepas.

Masa tu CP ke pasar malam di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Dah selesai membeli, CP dah nak balik tiba-tiba terpandang seorang peminta sedekah.

Gambar ehsan Google

Kedudukan dia betul-betul depan orang jual air balang.
Dalam tangan CP masa tu ada 2 keping duit RM1.
Yang lain duit besar.. maksud CP duit RM20 dan duit RM50.
Masa tu juga lah tekak terasa nak minum air Milo dalam balang tu.
Harga air Milo tu secawan RM2.

Gambar ehsan Google

CP tengok peminta sedekah tu kemudian tengok pula balang air milo.
Terdetik dalam hati...

"Kalau aku sedekah RM1 kat dia ni, nanti tak cukup nak beli air Milo."

Disebabkan tak nak pecah duit yang lain, jadi CP batalkan niat nak sedekah.
(Ya Allah! Ampunkan aku.. tak baik betul 😞)
Dengan tidak ada rasa bersalah, CP beli air Milo dan terus berlalu pergi
tanpa toleh ke belakang lagi.

Nak tau apa jadi?

Buka pintu kereta, nak sangkut air kat penyangkut di belakang seat tiba-tiba kan...

Gedebushh..!!!

Air Milo tadi jatuh atas lantai dalam keretaaaaa..!!!! 😭😭😭😭

Ya Allah..!! Air Milo tu habis tumpah.
Terpaksa buang 😭😭😭😭

Masa tu terus timbul rasa menyesal dan bersalah sebab tak bagi sedekah.
Konon nak jimat tak nak pecah duit, sudahnya CP kena keluar duit lebih.
Terpaksa bawa kereta ke car wash nak basuh air milo yang tumpah tu.
Tak pasal-pasal melayang RM10....

Cerita kedua pula berlaku dalam 3 tahun lepas.
Kejadian berlaku di Pasaraya Giant dekat dengan rumah CP.

Gambar Ehsan Google

Masa tu CP beratur nak bayar barang di belakang seorang lelaki Bangladesh.
Dia cuma beli satu barang je... kentang.
CP tak ingat dah berapa harga kentang dia beli tu.

Gambar Ehsan Google

Bila dia tengok harga kat mesin tu, dia keluarkan satu uncang kain yang agak lusuh.
Rupanya dalam tu ada duit syiling.
Satu persatu dia keluarkan syiling tu kira nak cukupkan untuk bayar harga kentang tersebut.
Allah..!! Sayunya hati tengok 😢
CP terus cakap kat cashier tu..

"Takpe kak. Masukkan dalam bil saya. Saya bayarkan sekali dengan barang saya ni."

Orang tu tengok CP. CP cakap...

"Takpe saya bayar. You boleh ambil duit you simpan."

Banyak kali dia ucap terima kasih. Dia ambil kentang terus berjalan keluar.
Sebaik dia pergi, CP terus teringat...

"Allah..!! Kenapa lah aku tak sedekah duit sikit untuk dia?"

Lepas CP selesai urusan di kaunter tu, cepat-cepat CP keluar.
Dengan harapan dapat jumpa orang tadi kat luar.
Tapi hampa... CP tak jumpa dia.
Terasa sedih dan ralat juga lah.

Tak lama lepas kejadian tu, lebih kurang seminggu macam tu
CP dapat panggilan daripada kakak di kampung.

Pihak MADA ambil sedikit tanah sawah di kampung untuk dibuat terusan.
Jadi, pihak MADA bayar pampasan kepada semua tuan punya
petak sawah yang terlibat termasuklah CP salah seorang nya.
Alhamdulillah.. rezeki yang tidak disangka.

Betullah kata orang Allah Bayar Cash di dunia ni atas apa yang kita buat.
Kalau baik yang kita buat, insyaAllah baiklah balasan yang Allah bagi.
Tapi kalau buruk yang kita buat, insyaAllah buruk juga balasan yang Allah bagi.



14 comments:

  1. alhamdulillah., semoga dipermudahkan rezeki kita semua., aminn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tak kurangnya rezeki kita bila berkongsi dengan orang lain. Semakin banyak, adalah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Makin banyak kita beri, insyaAllah makin banyak kita dapat :)

      Delete
  3. "Allah works in mysterious ways."

    ReplyDelete
  4. Itulah dia keajaiban bersedekah.. alhamdulillah.. semoga rezeki kita semua dipermudahkan...

    ReplyDelete
  5. betul, manis dalam memberi ni Allah akan balas.. jom kita sama2 sedekah sedekah jom ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2.. Lagi banyak kita beri insyaAllah lagi banyak kita dapat :)

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Moga terus dimurahkan rezeki buat semua..

    ReplyDelete
  7. Allah murahkan rezeki kita dengan bersedekah.

    ReplyDelete
  8. Boa tarde. Sempre fico com aquela vontade de conhecer os lugares que você nos mostra. Muita saúde para você e sua família.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. The power of sedekah. Kita buat baik, baik juga balasannya. jika sebaliknya, boleh ambil pengajaran dari cerita kap CP yang first tu kan :)

    ReplyDelete