Tuesday, October 20, 2020

Hari Ketujuh PKPB Hari Petama WFH

Edit Posted by with 14 comments

Pejam celik pejam celik dah masuk 7 hari dah PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya ni.
Di hari ketujuh ni, kami satu universiti diarahkan untuk bekerja dari rumah kecuali
staf di Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti dan Hospital
yang dikategorikan sebagai perkhidmatan kritikal.

Kenapa semua kena wfh?

Puncanya sebab ada sorang staf yang disahkan positif virus C19.
So, sebagai langkah pencegahan awal.. semua staf tak dibenarkan masuk office.

Kawan-kawan tolong doakan untuk kami di sini ya...

Semalam hari last bekerja di office.
CP dan team cadang nak balik lambat.
Nak siapkan kerja semaksimum mungkin sebelum start wfh.

Lepas solat Maghrib, kami dinner dulu.
Order KFC thru abang Foodpanda.

Dok tengah sedap makan, tetiba bell pintu office berbunyi.
Masing-masing saling berpandangan... sapa pula la yang datang time Maghrib ni 😅
Apek pergi tengok.. rupanya pak guard datang bagitau minta kami segera balik.
Kena kosongkan pejabat. Apek minta izin stay sampai kami habis makan.

So, dalam pukul 8 lebih kami gerak balik.
Kosong gile jalan malam tadi...

Memandangkan nak kena stay at home sampai 27hb, makanya balik tu
CP singgah kedai Aceh kat kawasan rumah.Topup stock untuk barang dapur.

So, hari ni hari pertama CP bekerja dari rumah.
Semoga wifi kat rumah ni tak buat hal lah.
Susah hidup kalau takde wifi ni.

Pagi tadi CP breakfast simple je.
Semangkuk salad.. healthy sangat kan? 😁

Pada hal tak tau nak makan apa and malas pun iye juga hahahaha
Kalau hari-hari makan macam ni, mesti boleh turun berat kan? 
Kita tunggu 27hb tu nanti, tengok berat makin naik ke atau turun 😁







14 comments:

  1. NICE betul gambar makanan tu, geram tengok telur rebus tu

    ReplyDelete
  2. healty menu bfast tu...kejap kn dh hari ke7 pkpb...bila tgk kes makin meningkat riso gk...smoga cpt la pulih wabak covid 19 ni

    ReplyDelete
  3. fuyohhh makan salad mesti kurus pas pkpb nih., ;p

    ReplyDelete
  4. Syukur lah semua orang kene WFH. Stay safe dirumah. Sedapnya semangkuk salad tu kak. Kalau boleh kurus alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat majikan prihatin.
      Takde makna nye nak kurus.. hahaha

      Delete
  5. baru tonton tv tadi katanya mulai khamis ni semua yang bahagian pengurusan dan pengawan di arahkan WFH, macam panjang lagi PKPB kita ni kan CP, sama-sama kita doakan semoga pendamik ini akan segera berlalu, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. risau je takut sambung lagi PKPB ni. Harapnya dalam masa berbaki beberapa hari lagi ni, akan ada penurunan kes lah...

      Delete
  6. Gardenia hijau! Ok, kita sama! gimifai!

    ReplyDelete
  7. Boa noite Darling. Que vontade de experimentar esses pratos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bom dia Luiz. É apenas um prato simples. Apenas uma tigela de salada :)

      Delete