Bukan tak ada cerita tapi mood menulis sedikit swing.
Masih nak menyesuaikan diri dengan keadaan WFH sekarang ni.
CP Work From Home.. tambah sikit lagi.. Work From Hometown.
Ya.. CP masih berada di kampung.
Sejak balik ke sini pada 24 Disember 2020 lepas [sini], CP belum lagi balik ke Kajang.
Dan kalau korang nak tahu, hari tu yang sepatutnya CP cuti seminggu dari
Chirstmas hingga ke New Year tu kan.. sebenarnya CP batalkan cuti tu.
Puncanya, setiap hari ada je masalah sistem yang perlu diselesaikan segera.
Jadi, CP mesej bos minta nak WFH dan nak batal cuti.
Bos okay je yang penting masalah semua selesai.
Alhamdulillah CP bawa balik laptop, sebab tu lah boleh stay WFH sampai sekarang.
Kalau sebelum ni WFO, balik rumah memang dah tak tengok kerja.
Tapi bila dah WFH ni, kerja nya tak kira masa.
Ada hari rileks ada hari hingga lewat malam masih bekerja.
Hari cuti pun kadang-kadang tu serupa tak cuti je.
Awal hari tu rasa macam stress juga tapi sekarang alhamdulillah.
Hari cuti pun kadang-kadang tu serupa tak cuti je.
Awal hari tu rasa macam stress juga tapi sekarang alhamdulillah.
Diri dah boleh terima dengan cara kerja WFH ni.
Work station CP kat kampung.
Katil kat sebelah je.. kalau penat terus je lah baring.. hahaha 😁
Thanks to Roaming Man.. portable wifi yang CP sewa.
Laju sangat internet kat kampung ni guna wifi tu.
Jumaat ni akan bermula PKP di negeri Kedah sehingga 04-02-2021.
Nampak gayanya CP akan sambung WFH lagi lah sehingga tarikh tersebut.
Tapi apa-apa pun kena tanya bos dulu.
Kalau bos arahkan balik, kena lah balik.
Kita yang menurut perintah kan... 😊
Tapi CPbersyukur sangat sebab PKP kali ni CP bersama dengan family.
Seronok PKP kat kampung sebab meriah dengan kakak, abang dan anak-anak sedara.
Seronok PKP kat kampung sebab meriah dengan kakak, abang dan anak-anak sedara.
Makan pakai ada orang jaga... gitu 😁
So, kawan-kawan stay safe ya semua.
Sama-sama kita doakan negara kita kembali pulih daripada Covid-19.
Take care semua...
Wah! Bilik tema pink!
ReplyDeleteCool!
Pink lover gitu!
DeleteBaru pertama kali tengok portable wifi yang boleh disewa. Selamat bekerja dari kampung, CP.
ReplyDeleteCP pun tahu daripada anak sedara. Kawan dia sewa untuk online class. Tapi bagus..boleh bawa ke Oversea gak.
DeleteThanks ya :)
Bom dia, a decoração ficou linda, parabéns.
ReplyDeleteBom dia Luiz. Obrigado pelo seu elogio :)
DeleteMemang best lah WFH kat kampung. Feel dia better sikit :)
ReplyDeleteYeszaaa... lebih bersemangat hehehe
Delete