event dalam kelurga kami.
Majlis diadakan pada hari Sabtu 02-01-2021.
Sehari sebelum majlis, semua ahli keluarga gotong royong merewang.
Sebab Long dan Ngah tak nak guna khidmat katering.
Kata nye lagi puas masak sendiri.
Kak Ta dan Jiah masak kan mee goreng untuk makan petang tu.
Dan abang beli kan sate.
Pada hari kejadian (02-01-2021), selepas solat subuh terus masuk dapur.
Makanan semua dimasak pagi Sabtu tu.
Lauk-pauk yang dihidangkan semasa majlis..
Gulai Udang + Kacang Buncis + Carrot |
Ayam Goreng Berempah |
Hati Ayam + Kentang Goreng Kicap |
Ikan Masin Goreng + Cili Bawang |
Ulam Timun |
Sambal Belacan Kick |
Pencuci mulut selain tembikai ada yang di buat sendiri, ada yang ditempah.
Tembikai |
Agar-agar Gula Merah |
Puding Jagung |
Talam Labu Berlauk |
Cream Puff |
Turut disediakan hidangan kambing golek.
Menu ni paling laris di kalangan tetamu 😅
Rombongan lelaki datang dalam pukul 11 pagi.
Alhamdulillah semua urusan perbincangan berjalan dengan lancar.
Majlis berakhir dalam pukul 1 tengahari.
Saja pilih gambar Mimi yang nampak excited 😅 |
To Mimi.. tahniah acu ucapkan.
Lagi satu langkah insyaAllah akan jadi isteri orang.
Semoga Mimi jaga diri dan tingkah laku sepanjang menjadi tunangan orang.
Orang kata banyak dugaan semasa bertunang ni.
So, please behave yourself ya 😊
Semoga dipermudahkan urusan menjelang perkahwinan mereka <3
ReplyDeleteAmeen.. terima kasih Syaz.
DeleteBoa tarde. Linda reunião de famÃlia. As guloseimas parecem ser deliciosas. Amo os pratos salgados.
ReplyDeleteBom dia Luiz. Sim..! Toda comida é deliciosa :)
Deletealhamdulillah selamat bertunang dah.. cepat2 kawen pula kan.. meriah majlisnyaa ada kambing lagi tu.. dap !!
ReplyDeleteTahniah untuk anak buah kak CP. Tergoda betul tengok hidangan lauk kenduri yang meriah ni.
ReplyDeleteBestnya kalau dapat rewang begini. Lama betul tak merewang. Sate tu mengancam sungguh.
ReplyDeleteTahniah buat Mimi, moga dipermudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin.