Thursday, January 7, 2021

Throwback Thursday:: Konvokesyen Norma Baharu

Edit Posted by with 16 comments
Semalam CP ikut Syikin ke Majlis Konvokesyen UITM Kedah yang terletak
di Merbok, Sungai Petani.


Majlis konvo yang mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum masuk ke dewan, seperti biasa kena scan MySejahtera dan suhu.
Graduan pula perlu isi maklumat dalam web saringan Covid yang UITM sediakan.


Selepas selesai bahagian saringan, ibu bapa berpisah seketika dengan graduan.
Graduan perlu uruskan beberapa perkara sebelum diberikan jubah konvo.



Manakala ibu bapa terus di bawa masuk ke dalam dewan.
Duduk di kerusi yang telah disediakan.



Di dalam dewan telah disediakan studio untuk graduan bergambar dengan parents.



Sebaik Syikin masuk, kami diarahakn untuk bergambar di studio dahulu.



Lepas bergambar kat studio, belum sempat CP nak ready camera untuk rakam video
Syikin naik pentas, tiba-tiba je terdengar emcee announce nama Syikin.
Kelam kabut uols...!!!!
Ni je yang sempat CP snap 😆


Nasib ko la Syikin oi... Hahahaha

Sebenarnya kat atas stage tu diaorang just berlakon terima scroll daripada NC.
Nanti akan dibuat super impose gambar graduan dengan NC.
Tak sabar nak tengok hasil nye nanti.


Sebaik graduan turun pentas, parents pun ikut keluar sama dengan graduan.
Cepat kan?
Tak sempat nak panas punggung duduk dalam dewan tu 😅

Tapi kami berhenti dekat booth yang disediakan.
Ambil gambar Syikin beberapa keping buat ubat kecewa dia sebab CP tak sempat
nak rakam video tadi.


Kat luar dewan disediakan banner untuk graduan bergambar.



Lepas bergambar kat situ, Syikin ajak photo shoot kat tasik.
CP layan kan aje... hari ni kan hari dia. Bagi dia happy.




Dah puas posing, kami kembali semula ke dewan untuk pulang kan jubah.
Masa kami sampai kat dewan, tengok semua camera man dah berjalan keluar.
Menunjukkan yang majlis dah habis.
Emm.. majlis bermula 2 petang. Masa kami nak pulangkan jubah dalam pukul 3 lebih.
Maksud nye majlis konvo di hanya memakan masa 1 jam lebih je.. 
Wow!! Memang pantas..!! 😅

Pantas pun pantas la kan yang penting ada gambar konvo.... kan??!!



16 comments:

  1. bagi saya kan.. tak kisahla kurang meriah ke tak ramai ke apa ke janji dapat majlis convo. kenangan tuuu dah berhempas pulas kan study.. nak ada jugak majlis walaupun penuh SOP.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Siti.
      Yang penting ada gambar kenangan konvo.

      Delete
  2. Boa tarde minha querida amiga, que seja a primeira de muitas conquistas que virão. Bom sábado.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boa noite meu amigo. Obrigado em nome da minha sobrinha. Tenha um bom dia.

      Delete
  3. Tahniah Syikin. Ada juga majlis konvo buat kenangan :)

    ReplyDelete
  4. oh ada konvo juga ye..adik saya mmg study sini..tp skarang semester ni die praktikal..br je die amik brg2 blk kl aritu sbb start mac nanti praktikal kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah ada. Graduan boleh pilih hari yang diaorang nak. Limited slot setiap hari sebab dia tak nak ramai-ramai.

      Delete
  5. Syukur Alhamdulillah. Walaupun masa terhad tapi tetap ada kenangan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..Wah konvokesyen dalam norma baharu... alhamdulillah.. nampak smooth je kan. Semoga berjaya utk syikin dlm mengorak langkah menjadi graduan berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. alhamdulillah semua dipermudahkan.
      Terima kasih on behalf of syikin :)

      Delete
  7. Tahniah pada Syikin. Alhamdulillah, ada juga konvo, walaupun super impose dengan NC. Ada U, dia tak buat langsung konvo. Dia poskan saja scroll. Musim covid.

    ReplyDelete
  8. Teringat konvensyen di UITM Shah Alam pada 2004. UiTM dihatiku.. 😌

    ReplyDelete