Friday, June 14, 2013

Taiwan#3 Mencari Yang Halal Di Zhongli

Edit Posted by with 3 comments
03-06-2013 :: Ahad

Sebelah petang selepas habis lawatan di NCU [sini]
acu dan ahli rombongan ambil kesempatan untuk keluar
ke bandar Zhongli.. nak jenguk apa yang ada di sana

Dari NCU kami menaiki bas number 132 ke bandar Zhongli
tambang cuma 18NTD.. lebih kurang RM1.80
perjalanan cuma mengambil masa dalam 10-20 minit
wah!! terer nye naik bas.. tau pulak tu naik bas apa kan??


Owh!! pasal bas tu, acu kena berterima kasih pada mereka berdua nie


Yang perempuan tu nama nya Ruzana tapi yang lelaki tu sorry terlupa nama
mereka berdua nie pelajar dari Acheh, Indonesia
mereka la yang bagitau nombor bas, tambang dan lain-lain

Tujuan asal kami ke Zhongli selain nak tengok bandar nye
kami nak mencari sesuap makanan
terus terang nak bagitau Ya Allah! memang susah nak cari yang halal

Berdasarkan penerangan Ruzana, kami mencuba nasib
kata Ruzana, kedai nya berdekatan dengan train station
jalan sikit je nanti akan nampak kedai bertulisan Siam
kedai makan halal dari Thailand

So, lepas turun dari bas kami mencari train station
Alhamdulillah jumpa... sekali bila sampai situ
mak oi! banyak pula simpang nya
Ah!! Sudah.. nak menghala ke mana nie??


Kami tawakkal saja.. Yes!! tetiba acu ternampak sebuah kedai
yang ber signboard kan tulisan Siam


Semua dah rasa bersyukur sebab dapat makan nasi halal di sini
semangat yang berkobar-kobar tetiba merudum.. Dush!!

Mata kami tertancap pada patung Budha di depan pintu masuk kedai

erk... tak kan nie kedai makanan halal??

kalau dah ada patung kuil nie, mesti makanan dia tak halal

biar benar Ruzana nie cakap makanan kedai nie halal

Macam-macam persoalan bermain di fikiran dan mulut kami
okay fine.. kami decided tak mau masuk kedai nie
dah sah-sah la tak halal kalau dah ada patung sembahyang nie

Kami jalan lagi, sesambil tu ada ahli rombongan tanya pakcik Google
kata orang kalau dah memang ada rezeki untuk kita, mesti kita dapat rasa
toleh kiri toleh kanan, akhir nya ternampak kedai kecik nie


Besar tulisan HALAL nya.. Alhamdulillah syukur ya Allah
masalah lain pula timbul.. masalah KOMUNIKASI

Yes, diaorang memang tak pandai cakap english
even broken english pun tak pandai
apa mau order nie??


Nasib la ada gambar tertampal kat dinding
malas nak fikir panjang, semua order benda yang sama je
nasi putih berlaukan ayam digoreng dengan cili


Muka happy dapat makan nasi beras Taiwan..hehehehee


Memandangkan bas terakhir dari bandar Zhongli ke NCU pukul 10 malam
so, lepas makan kami jalan-jalan dulu ke kedai di sekitar bandar


Ada yang dah mula ber shopping
acu??? satu sen pun tak keluar malam tu.. tak de benda yang nak di beli
pukul 9 malam kami bertolak balik ke NCU
nak packing barang sebab esok pagi nak bertolak ke Taipei





Photobucket

3 comments:

  1. Jangan kata ke Taiwan, ke negara yang kita rasa serumpun pun masih susah hati untuk menentukan 'kehalalan' hidangannya...

    ReplyDelete
  2. Banyak blog yg kakak baca bila ke sana memang makanan halal jadi masalah.. Tapi ada juga yg bijak bila tapau dari hotel makanan sebelum memulakan perjalanan.

    Kakak baca lama sebab tertinggal 2 N3. Dah baca yg mula dan yg ke NCU baru baca ini.

    ReplyDelete
  3. Lega la dapat makan nasik.. memang susah la kot pi taipei ni.. anak2 makchaq pernah pi pun cerita susah pasai bahasa..
    depa dulu dah 2 hari pi sana baru jumpa kedai halal, sebelum tu depa tawakal ja makan pizza cheese..

    ReplyDelete