Cerita 1 Syawal???
Dah nak habis Syawal dah Cik Darling oi... hang baru nak cerita pasal 1 Syawal??
Alaaaaa... boleh la kan?
blog sendiri apa nak kisah..
kan?? kan?? kan?? hehehehe
Lama sangat tak ber update blog nie
nak kata sibuk sangat tu boleh tahan la sebenar nya
tapi hakikat sebenar, Cik Darling ni yang tak pandai nak arrange masa
tu yang asyik rasa tak ada masa je nak update blog
Okay lah.. jom baca cerita 1 Syawal Cik Darling
Pagi 1 Syawal Cik Darling mulakan dengan solat raya di masjid
Usai solat, lepas bersalam-salaman dengan jemaah yang lain
kami terus ke kubur
menziarahi kubur arwah ayah, mak, nenek dan abang ipar
(ulang tayang gambar kubur tahun lepas )
Tahun kedua beraya tanpa arwah mak
dan tahun kesebelas tanpa arwah ayah
semoga arwah ayah dan mak Cik Darling di tempatkan di kalangan orang beriman
ameeen....
Selesai urusan di kubur, kami terus balik ke rumah
tak singgah ke mana-mana pun
sebab dah tau dah
kebiasaan nya selepas solat raya tetamu ramai datang ke rumah
Raya pertama kami hidang kan lontong di makan bersama sambal ikan bilis
selain daripada hidangan kuih raya yang kakak Cik Darling buat
tapi sorry, no photo... terlupa nak ambil.. hahahaa
Tapi menu yang paling best adalah Raja Buah.. Durian!!!!
Kami letak je dalam kotak, sapa nak ambil lah
buah dari dusun banyak.. nak makan sendiri tak termakan dah
jadi, kami kongsi kan dengan tetamu yang datang
Separuh hari kami habiskan masa di rumah je
tak sempat nak keluar ke mana-mana sebab melayan tetamu
Alhamdulillah tahun ni tetamu datang tak putus-putus
Lepas solat Asar, kami tutup pintu rumah
turn kami semua pula keluar beraya.. hehehehe
Dah nak Maghrib baru balik rumah
Alhamdulillah selesai raya pertama kami yang sederhana tapi meriah
OOTD Hari Raya Pertama: Minah Traditional Kurung dari Mis Claire
Tudung cantik dah ke laut dah petang tu
penat punya pasal malas nak berlilit shawl
sarung je apa yang ada... hahahaha
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Memandangkan tahun ni, acu nak 'fly' jauh sikit daripada biasa nak kena buat Visa la pula... So, tadi acu buat lah check list apa d...
-
Sabtu lepas 18-12-2010 terlaksana sudah impian beberapa orang penulis blog yang nak makan ais krim sambil bermesra walau pun santai tapi t...
-
Acu kena tag daripada Bondarock semalam jom kita tengok apa yg nak kena buat:: 1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah anda gu...
-
Dah seminggu badan & muka acu gatal2... tapi 2 lepas baru acu perasan..gatal2 kat leher acu makin membesar seingat acu, kat leher tu ada...
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)