Friday, August 23, 2019

#Throwback Kubu Salahuddin Al Ayubi Cairo

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 13-05-2019


Dari kedai Crystal Asfour [sini], kami dibawa melawat 
ke kubu pertahanan Salahuddin Al Ayubi yang terletak 
di tengah-tengah bandar Kaherah di sebelah Bukit Muqattam

Ia dibina pada tahun 1183 Masihi oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
sebagai pertahanan paling penting dalam sejarah Islam Mesir bagi 
menghalang serangan tentera Kristian semasa berlakunya perang Salib

Secara keseluruhan, Salahuddin mempunyai 4 kubu pertahanan
yang terletak di sekitar Mesir, Jordan dan Syria
kubu pertahanan yang utama dan terbesar adalah kubu ini



Harga tiket masuk dan waktu operasi adalah seperti di dalam gambar


Pembinaan kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh
jadi, Panglima Salahuddin Al-Ayubbi telah mengarahkan untuk mengambil
batu dari Piramid di Giza untuk digunakan dalam pembinaan kubu ini



Kubu ini diperbuat dari batu bata yang tingginya 7 meter dan lebar 3 meter
ia sangat kukuh sebagai sebuah kubu pertahanan


Di seberang jalan, boleh nampak saliran air di tepi Bukit Muqattam
saliran air ini dibina untuk membekalkan air kepada tentera pada masa itu
saliran ini bermula dari Sungai Nil hingga ke Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi



Di dalam kawasan ini terdapat Muzium Polis, Muzium Tentera,
Muzium Permata yang mengandungi perhiasan Raja-Raja Mesir,
Muzium Penjara Citadel tempat banduan dikurung di situ


Muzium tentera ditutup kepada pelawat kerana dalam proses pembaikan


Ini merupakan laluan tentera pada zaman dahulu
kelihatan Masjid Muhammad Ali Pasha yang tersergam indah di sebelah kiri laluan
dan di sebelah kanan laluan adalah Masjid El Naser Mohamed Ibn Qalawoon


Di dinding depan bangunan Cairo Police Antiquities Station ini terdapat
logo Egyptian Ministry of Antiquities, imej Masjid Muhammad Ali Pasha
dan imej Sultan Salahuddin Al-Ayyubi





Permandangan di sekitar dalam kawasan kubu






Selain dari 4 muzium yang dinyatakan, terdapat juga 2 masjid di dalam kawasan ini
iaitu Masjid Muhammad Ali Pasha yang menyamai senibina Masjid Biru di Turki
dan Masjid El Naser Mohamed Ibn Qalawoon

Masjid El Naser Mohamed Ibn Qalawoon dinasabkan kepada
salah seorang panglima tentera Salahuddin Al-Ayyubi yang telah memberikan
sumbangan yang besar dalam peperangan dan penyebaran Islam



Masjid yang dibina pada tahun 1335 Masihi dikenali juga sebagai Muzium Tiang
kerana majoriti hiasan dalamannya difokuskan kepada tiang-tiang 
dengan seni ukiran Islam




Tiang yang ada sekarang sebahagiannya adalah tiang asal manakala 
sebahagiannya telah ditukar dengan yang baru dan diimport dari 
luar negara seperti Turki, Itali dan Rom

Masjid kedua yang terdapat di dalam kubu ini ialah Masjid Muhammad Ali Pasha
Muhammad Ali Pasha merupakan pengasas dan pemerintah dinasti terakhir
sistem pemerintahan beraja di Mesir

Masjid ini dibina oleh beliau sebagai simbol pemerintahan beliau di Mesir
yang beraliran moden pada tahun 1830 Masihi
sejarah mengatakan yang pembinaan ini diketuai oleh seorang arkitek Turki 
iaitu Youssef Bushnaq kerana itulah senibina masjid ini sama seperti Masjib Sultan Ahmed atau dikenali sebagai Masjid Biru di Istanbul Turki [sini]


Masjid ini juga dikenali dengan Masjid Marmar kerana bahan binaan dalamannya
mewah dengan marmar yang terbaik termasuklah mimbarnya yang diperbuat
daripada marmar Bani Suef






Kedudukannya yang strategik membolehkan ia dapat dilihat
dari semua penjuru kota Kaherah

Di dalam masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha
yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini
senibina makam tersebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan


Selesai lawatan dalam kubu Salahuddin Al-Ayubi
masa ni kan tekak dah mula terasa kering... dahaga..!!!
memang betul-betul mencabar berjalan di dalam bulan Ramadan ni 😅



To be continue...






Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment