Followers

#Throwback Dubai Ke Cairo

Tuesday, August 20, 2019

Tarikh:: 12-05-2019


Pukul 1.35 petang waktu Dubai kami selamat tiba di Dubai International Airport




Ada masa lebih kurang dua jam je kat sini
kami solat jamak Zohor dan Asar di sini
rushing juga lah kami ni dibuat nya
sebab pukul 3 petang flight ke Cairo


Nak dijadikan cerita, kami ni keluar tersalah pintu
kelam kabut semuanya tau..
siap kena naik train lagi untuk ke boarding gate
tapi Alhamdulillah kami sempat sampai sebelum boarding


Oh ya! Semasa dalam flight kan ada diedarkan makanan kan
sebelum edaran, pramugari datang tanya samada kita puasa atau tidak
kalau kita jawab puasa, dia akan tampal kan sticker ni kat seat kita


Tujuannya untuk memudahkan kerja diaorang semasa edarkan makanan nanti
kalau kita tidur, tak adalah diaorang kejutkan kita

Rugilah bayar flight mahal-mahal tapi tak dapat makan kan?

Makanan untuk orang berpuasa tetap ada
sebelum flight landing, diaorang edarkan makanan yang dah siap di pack
untuk kita makan semasa berbuka


Alhamdulillah lebih kurang 3 jam 50 minit dalam penerbangan
kami selamat tiba di Terminal 2 Cairo International Airport
jam masa tu lebih kurang pukul 5 petang waktu Cairo



Masa ni kan masing-masing dah mula terasa letih dah
nak tau kenapa?

Sebab nye kan.. kami berpuasa untuk hari tersebut ialah 20 jam..!!
semuanya disebabkan perbezaan waktu antara Malaysia dan Cairo
fuuhhh..!!! baru cabaran pertama travel di bulan puasa ni


Alhamdulillah van yang kami booking dah siap sedia menanti
untuk bawa kami ke tempat penginapan kami sepanjang di Cairo ni


Muka-muka yang teruja campur penat campur dahaga campur jetlag
mata masing-masing dah merah tahan ngantuk
beza waktu Cairo dan Malaysia ialah 6 jam

Anak sedara Cik Darling yang belajar di Alexandria dah
siap sedia menunggu di homestay yang kami sewa
lepas tinggal beg, kami terus ke Restoran GH Corner
tak jauh pun dengan homestay kami.. jalan kaki je

So, iftar pertama kami di bumi Cairo ialah makanan Melayu
Cik Darling minta makanan Arab tapi kata dia
takut nanti ada tekak yang tak boleh nak terima pula makanan Arab
jadi makan makanan Melayu dulu untuk malam ni

Antara yang Cik Darling makan malam tu






Gambar last ayam percik tu sumpah sedap
kalau tak salah rasanya tiga ketul Cik Darling makan 😆😆
tapi semua makanan kat sini sedap-sedap lah

GH Corner ni menyediakan buffet masakan Melayu untuk menu berbuka
harga yang dikenakan EGP100.. lebih kurang RM25 seorang

Lepas makan, kami balik ke homestay
selama tiga malam kami di bumi Cairo ni kami menginap di Asrama Darulaman 3
tempat penginapan pelajar-pelajar negeri Kedah yang belajar di sini
terletak di Hayyu Sabik Cairo

Nak tau tak apa yang berlaku pada kami masa hari pertama ni?

Rumah kami tu tingkat 11
lift kat sini cuma ada satu je
rezeki kami semua untuk hari pertama ni kan...

LIFT ROSAK..!!!!

Ya Allah..!! 

Bayangkanlah nak bawa beg besar ni naik tangga ke tingkat 11
dengan perut terlebih makan masa berbuka tadi
ya ampun......!!!!!

Nak menangis pun ada.. nak ketawa pun ada 😆😆
yang kesiannya kaum Adam lah.. abang-abang dan anak sedara Cik Darling
diaorang suruh kami yang perempuan ni naik dulu
tinggalkan beg kat bawah..
diaorang lah yang naik turun angkat beg-beg besar ni ke atas
tapi Alhamdulillah ada juga student yang ringan tulang bantu kami
untuk bawa beg-beg kami tu ke atas

Aduiiiii... memang pengalaman betul lah
malam tu memang tidur tak sedar diri sebab semua kepenatan 😅😅



To be continue...




Photobucket

0 xoxo: