Followers

Food Walk:: Rimba Rasa

Friday, August 9, 2019

Masa cuti Pertabalan Yang Di Pertuan Agong hari tu
Cik Darling balik ke kampung di Kedah.. ada hal kecemasan sikit

Bila dah alang-alang berada di Kedah tu
Cik Darling sempatlah singgah makan di sebuah restoran
yang baru nak masuk dua bulan beroperasi

Restoran Rimba Rasa terletak di Pekan Guar Chempedak
bersebelahan dengan stesen minyak Caltex di pekan tersebut
waktu operasi sekarang ni bermula jam 3.30 petang hingga jam 10 malam
tetapi selepas raya Aidil Adha ni katanya waktu operasi di tukar 
dari jam 5 petang hingga jam 11.30 malam
tutup setiap hari Khamis


Restoran ni berkonsepkan hipster gitu
ala.. kegemaran anak-anak muda sekarang kan
tengok lah interior dalam kedai ni
Cik Darling suka lah.. simple dan nice






Waktu Cik Darling datang ni kedai baru je buka sebab tu tak ramai orang
kalau datang waktu malam memang full house

Kat restoran ni ada juga disediakan kemudahan surau, tandas
dan kawasan untuk anak-anak bermain




Ni senarai makanan yang ada di sini



Harga nya??
sangat-sangat berpatutan

Let's check it out apa yang Cik Darling dan family makan hari tu

Chicken Grilled Carbonara Spaghetti
rasa kuah dia sangat creamy dan cukup semua rasa



Masa waiter datang hantar makanan tu kan
terkejut Cik Darling tengok.. 
Ya ampun..!!! besar gile portion dia
tak habis pun makan.. terpaksa tapau bawa balik
lain kali kalau nak makan ni kena datang dengan keadaan 
perut yang kosong dan tengah lapar.. inshaAllah habis semangkuk tu 😅


Classic Chicken Chop
peha ayam yang digoreng rangup di makan dengan black pepper sauce 


Crispy Chicken Burger
fillet ayam yang rangup dan lembut
lepas tu tak kedekut sos.. sedap..!!
saiz nya besar sikit daripada burger biasa



Buttermilk Chicken Rice
yang ni sumpah korang memang kena try kalau datang sini
buttermilk chicken dia sangat sedap.. pedas, manis, masin.. perfect..!!



Korean Chicken
untuk penggemar ayam korea ni boleh lah cuba di sini
sedap tau.. ayam dia rasa pedas-pedas manis
tak cukup seketul kalau dah makan 😁



Classic Meatball
meatball ala-ala macam kat iKEA
rasa nya not bad



Untuk desserts kami order tiga jenis desserts

Congo Bar
lembut dan sedikit crunchy
yang lagi best tu coklat dalam dia banyak..!!



Burnt Cheesecake
ya ampun yang ni memang tak cukup satu
sedap sangat..!! No wonder lah jadi best seller kat sini


Last one kami order Waffle Ice Cream



Air special yang korang kena try kat sini ialah Coffee Cube
sebenarnya ni ialah air kopi ais
cuma cara presentation nya
air kopi tu dijadikan dalam bentuk ais kiub
kemudian dihidangkan dengan Dutch Lady Fresh Milk


Nak minum kena campur dulu


Haa... tadaaaaaaa... ni lah hasil nye


Kawan-kawan yang tinggal di Kedah boleh lah cuba makan kat sini
inshaAllah sekali datang pasti nak datang lagi

Kalau kawan-kawan yang jauh tu tersesat berjalan ke Kedah
juga jangan lupa singgah makan di Restoran Rimba Rasa
highly recommended sangat 
makanan sedap dan harga sangat berbaloi

Kalau tak tahu nak datang jangan risau
waze je Rimba Rasa inshaAllah tak akan sesat





Photobucket

0 xoxo: