Monday, March 2, 2020

Paklong Selagi Ada Rindu Dalam Kenangan

Edit Posted by with 2 comments
Malam tadi dapat berita mengatakan Paklong atau nama sebenar dia
Shafie Ahmad telah meninggal dunia.


Paklong merupakan penyanyi asal dan pencipta lagu Selagi Ada Rindu
dan juga Cinta Pantai Merdeka.






Macam mana boleh kenal?

Arwah merupakan saudara kepada arwah abang ipar Cik pya.
Cik Pya pernah berduet nyanyikan lagu Cinta Pantai Merdeka
dengan arwah masa kenduri anak sedara Cik Pya; Farhan di Sungai Petani.


Kali terakhir Cik Pya jumpa arwah masa kenduri anak sedara Cik Pya; Ainaa
bulan September 2019 [sini]




Terkejut juga lah bila baca mesej semalam.
Katanya arwah meninggal sebab sakit pneumonia.
Dah lama arwah masuk hospital.
Cik Pya jumpa video arwah kat hospital dalam youtube.


Tiada lagi nyanyian dan usik mengusik dari arwah.
Tenanglah Paklong di sana.
Salam takziah untuk keluarga arwah Paklong.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al Fatihah...


2 xoxo:

mama tisya said...

alfatihah utk arwah

Darling Pya said...

mama tisya:

amiin.. terima kasih

Followers