Followers

Happy International Women's Day

Monday, March 9, 2020

Eh belum terlambat lagi kan nak wish.
Selamat Hari Wanita kepada semua pembaca wanita blog Cik Pya 😘

Semalam Cik Pya keluar dating dengan Ain dan Diva kat MyTown.
Sempena Hari Wanita semalam kan banyak promo.
Jadi, kami pun tak nak lepaskan peluang le 😁

Memula kami makan kat Burger King.
Promo kat situ semalam dapat diskaun 50%.
Dengan syarat, yang order tu adalah wanita.
Kalau lelaki tak dapat 50%..

Tapi kalau perempuan macam Sajat tu dapat tak ek..

#jangankecam.. tanya je 😅


Kami order set Double Mushroom Swiss.
Large set kau.. hahahahaha


Cik Pya makan berdua je dulu dengan Ain.
Diva datang lambat sebab ada urusan lain.


Sementara tunggu datang, kami jalan-jalan dulu dalam MyTown tu.
Masuk Bath & Body Works beli hand sanitizer.
Kemudian masuk Charles & Keith sebab ada sale.
Kot-kot le ada yang berkenan ke kan.. tapi takde pun...
So, selamat duitttttt ceq.. hehehehe

Dah tak tau nak ke mana, kami terus ke MyKori.
Eh..! MyKori pun ada promo tau semalam.
Buy 1 free 1 gitu..


Kami tunggu Diva sampai dulu baru kami order.
Kang nanti cair pula kalau Diva lambat.
Sekali kan, masa Ain nak order.. staf tu cakap promo tu dah habis..!!
Sebab yang promo tu cuma Mount Mauve Kakigori then free Pink Kiss Kakigori.
Aduiiiiiii.. kecewa betul 😭😭😭

So, Ain pun order lah Chocolate Banofee Kakigori.


Cara nak makan dia, tuangkan dulu chocolate sauce kat atas ais tu camni
Abaikan suara latar yang riuh rendah tu.
Tu bising dari meja sebelah kami.


Kejadian selepas dituang chocolate sauce 😋


Dan juga Red Bean Taiyaki.


Order satu tapi makan bertiga 😁


Lama kami berborak. Sekali kan, terpandanglah kat meja sebelah.
Eh..! Macam mana dia boleh dapat yang set promo tu?
Tengok meja kat depan pun ada yang makan set tu gak.
Tadi kata habis, macam mana orang lain boleh dapat?

Tak puas hati, terus tanya salah sorang staf kat situ.
Rupanya, tadi tu bahan-bahan dia dah habis. Ni baru sampai.
So, dah ada balik semula la set promo tu.
Tak tunggu lama terus kami order yang set promo tu pula.

Tadaaaaaaaaa....


Rezeki kami, dapat juga merasa.. hehehehe

Sama seperti Chocolate Bonafee tadi, nak makan Pink Kiss
ni pun kena tuang chocolate sauce dulu..


Nyum.. nyum...

Lama juga lah kami lepak kat MyKori.
Dalam pukul 9 baru kami gerak balik 😉



6 xoxo:

Wak Lat said...

sibbaik tnye balik kann sbb x puas ati.. jeless lettewww.. hahaha

Azian Elias said...

Waduhhh.. meriah sungguh wanita2 itu menjamu tekak ye..

Darling Pya said...

Wak Lat:

Harus le jeles..
Mana aci orang lain dapat tapi kami tak dapat.. hahahaha

Darling Pya said...

Azian Elias:

Jenis kaki makan kak.. hehehe

mama tisya said...

mcm 2promo time hari wanita aritu..sempat gk grab promo burger king aritu tp amik yg single mushroom swiss

Darling Pya said...

mama tisya:

kami amik double sebab tamak.. hahahaha