Cik Pya nak throwback cerita kenangan semasa menunaikan
umrah bersama dengan adik-beradik Cik Pya pada November 2017
Juga merupakan umrah terakhir bersama arwah Abang Mail; abang ipar Cik Pya.
Okay lah.. let's the story begin...
Tarikh:: 27-11-2017 (Day 1)
Seawal jam 3 pagi kami bertolak ke KLIA dari rumah kakak di BTHO.
Ahli keluarga Cik Pya seramai 8 orang yang ikut trip umrah kali ni.
Selain Cik Pya.. 2 orang kakak, 2 orang kakak ipar, sorang abang kandung,
sorang abang ipar dan sorang anak sedara.
Kami menggunakan khidmat travel agensi Juara.
Menaiki pesawat Oman Air.
So, dari KLIA ni kami transit di Muscat, Oman untuk beberapa jam.
Dari Muscat terus ke Jeddah.
Memandangkan 27hb tu hari Isnin jadi, tak ramai family yang
datang menghantar kami... cuma empat orang je yang datang.
Amzar, Masyitah, Diana and suami.
Jam 9.40 pagi flight kami berlepas ke Muscat.
First time Cik Pya naik Oman Air.
Not bad juga flight nye..
Kat dalam flight, tempat duduk kami terpisah.
Cik Pya duduk dengan ahli rombongan yang lain.
Comel je kan makcik yang duduk sebelah Cik Pya tu? π
Sepanjang penerbangan dari KLIA ke Muscat, dua kali kami diberi makan.
Hampir jam 1 petang waktu Oman, kami selamat mendarat di
Muscat International Airport.
Tengok airport diaorang, padang pasir je di sekeliling.
Turun flight, kami dibawa ke dalam terminal dengan menaiki bas.
Oh! Sila abaikan muka Cik Pya yang dah tak semenggah tu.
Muka baru bangun tidur π
Sempat le bergambar sekeping kat signboard airport.
Sementara menunggu ahli rombongan ke tandas.
Jemaah lelaki menukar pakaian ihram di sini.
Sebab nanti kami akan berniat ihram di dalam flight.
Di miqat Qarn Ul Manazil.
Ruangan menunggu untuk naik flight ke Jeddah.
|
Kak Jah bersama suami; arwah Abang Mail |
Dalam flight semasa ke Jeddah, kami diberi makan sekali.
Selamat tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah hampir jam
5 petang waktu Jeddah.
Seperti biasa lah, nak menunggu untuk lepas imigresen memang lama.
Kat sini Allah dah mula menguji tahap kesabaran kita.
Cik Pya pun dah lupa berapa jam waktu menunggu kami.
Tapi lenguh lah kaki berdiri masa beratur menunggu giliran tu π
Dah lepas keluar tu, ambil beg kemudian terus naik bas.
Dalam perjalanan menuju ke Mekah, kami singgah makan.
Kedai makan ala-ala hentian rehat kita tapi fasiliti memang jauh beza lah
dengan hentian rehat kat Malaysia ni.
Erk.. gambar kat hentian tak ada. Yang ada gambar makanan je π
Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Sebaik sampai di Mekah, kami terus ke hotel untuk check in.
Kami menginap di Kunuz Ajiyad Hotel. Lebih kurang 600m dari Masjidil Haram.
Dalam pukul 1 pagi kami keluar untuk selesaikan umrah pertama kami.
Subhanallah.. dah banyak perubahan Masjidil Haram ni.
Last Cik Pya ke sini tahun 2015.. dalam masa 2 tahun macam-macam dah berubah.
Dari luar Masjidil Haram nak ke dataran Kaabah dah jadi jauh sebab masjid dah besar.
Kami selesai melakukan tawaf dalam pukul 2.30 pagi.
Selepas solat sunat, kami terus ke tempat saei.
Cik Pya tunggu sampai semua ahli keluarga Cik Pya selesai.
Kira dalam pukul 4 lebih juga lah baru semua habis.
Tapi kami tak terus balik ke hotel.
Dah alang-alang tu kami tunggu sampai masuk waktu Subuh.
Sebab kalau dah balik, mesti Subuh tu dah tak larat nak datang.
Jadi, selesai solat Subuh baru kami balik ke hotel.
Haa.. on the way balik ke hotel tu kan... Cik Pya singgah beli ais krim.
Ni ais krim kegemaran ni kalau datang ke Mekah π
Pukul 6 pagi makan ais krim.. hahahaha
Alhamdulillah.. selesai sudah umrah pertama kami.
Lepas sarapan, naik ke bilik terus tidur.
Cik Pya sebilik dengan Cik dan Mimi.
Hari ni kira aktiviti bebas.
To be continue...