Thursday, December 19, 2019

Jamuan Akhir Tahun Dan Farewell Untuk Azizi

Edit Posted by with 2 comments
Hari Selasa lepas (17-12-2018) department Cik Pya ada buat BBQ.
Buat collection sesama staf dalam department.
Barang-barang kami beli sehari awal iaitu hari Isnin.
Tengahari waktu lunch kami keluar beli kat Pasar Borong Selangor.
Petang lepas waktu pejabat, kami gotong royong
bersihkan ayam dan kambing dan kemudian terus perap.




Pagi Selasa tu sebelum start BBQ, kami ada mesyuarat bahagian dulu.


Eh! Kenapa mesyuarat depan toilet?
Tak ada bilik mesyuarat khas ke?

Bukan tak ada. Bilik mesyuarat kami kat depan.
Bos ajak mesyuarat kat ruang belakang ni sebab nak santai-santai.
Sambil mesyuarat sambil kami siap kan menu BBQ 😁


Habis mesyuarat dalam pukul 10.30, baru kami start membakar.
Untuk mempercepatkan kerja, kami bahagikan kumpulan.

Ada kumpulan ditugaskan untuk membuat closelaw.



Cik Pya dalam kumpulan yang kena buat baked potatoes.



Dan semestinya kaum Adam ditugaskan untuk membakar.







Menu makanan lain selain yang di atas..






Habis makan, semua bergotong-royong kemas semula pejabat.



Sebenarnya ni tahun kedua kami buat BBQ di pejabat.
Kira ni sebagai jamuan penutup untuk hujung tahun.
Tapi majlis tahun ni disertakan sekali sambutan birthday
untuk staf yang lahir bulan November dan Disember.



Dan juga majlis perpisahan untuk salah seorang staf department kami
yang akan berpindah ke UTHM di Johor.


Akhir sebagai penutup, kami bergambar kenangan satu department.



Semoga ukhwah yang terjalin antara kami ni kekal selamanya
walaupun andai satu hari nanti kami ditukarkan ke department lain pula.



2 comments: