atau sekarang lebih dikenali dengan lorong Malaysia
mesti pernah nampak restaurant ni.
Restoran Haji Idris ni salah satu restoran halal
yang ada di bandar Ho Chi Minh ni. Sebelum ni kalau tak salah
Cik Pya yang menghuni lot kedai ni ialah Restoran Kampung Melayu.
Emm... mungkin dah tutup kot atau re-branding dengan nama
Restoran Haji Idris.
Ada banyak pilihan makanan kat restoran ni.
Antara menu yang kami order hari tu
Nasi Lemak - Sambal dia sedap.
Harga sepinggan nasi lemak ni VND80,000 (RM14.64)
Oh ya! Masa pergi hari tu tukaran wang RM183 = VND 1 juta.
Nasi Goreng Malaysia - not bad la rasa dia.
Harga sepinggan VND80,000 (RM14.64)
Nasi goreng Seafood - ni pun not bad rasanya.
Bahan sama je dengan Nasi Goreng Malaysia tapi warna je lain.
Harga sepinggan VND80,000 (RM14.64)
Kopi ais - kopi pekat dan tak manis sangat.
Segelas kopi berharga VND25,000 (RM4.57)
Emm... quite expensive. Kalau beli kat orang yang jual
tepi jalan, harga segelas RM3 atau VND16,000
Pandan with milk - sedap!
Harga VND30,000 (RM5.49)
Lemon ais - menu tulis lemon ais tapi dapat limau ais 😅
Harga segelas VND25,000 (RM4.57)
Makanan halal di Ho Chi Minh ni memang sedikit mahal.
Sebab dulu Cik Pya pernah berbual dengan salah seorang peniaga local.
Katanya bekalan bahan mentah halal memang mahal berbanding
bahan mentah tak halal.
makanan tu macam kat malaysia lak tengoknya, hehe ^_^
ReplyDeleteUmi Nazrah:
ReplyDeleteOrang sana dah pandai masak makanan Malaysia sebab orang Malaysia kalau ke sana mesti nak cari makanan Malaysia juga :)