Tuesday, September 8, 2020

Food Walk:: Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh

Edit Posted by with 10 comments
Syikin dah lama teringin nak rasa Hokkaido Ice Cream Puff.
Jadi, kesempatan diambil semasa kami ke Ipoh
waktu cuti hari Merdeka yang lepas [sini].


Kedainya tak susah nak cari. Just waze je Hokkaido Ice Cream Puff.
Cumanya parking kat kawasan situ sangat terhad.
Tapi Alhamdulillah rezeki kami, dapat parking dekat dengan kedai.

Semasa melintasi kedai tu, MasyaAllah tengok orang beratur..
panjang baqhangggggg....


Masa ni kedudukan kami selang 4 buah kedai sebelum sampai ke kedai Hokkaido tersebut.


Disebabkan barisan panjang, cuma kami bertiga je yang beratur.
Ngah dan Cik tunggu dalam kereta.
Nanti nak sampai giliran baru kami panggil.


Bila dah sampai kat kedai baru lah tau kenapa barisan panjang.
Dalam satu masa cuma 18 orang je boleh berada dalam kedai.


Seperti biasa, mesti ikut SOP yang telah ditetapkan.
Kalau kat sini tulis boleh makan dua orang untuk satu meja
tapi mungkin sebab hari tu ramai orang, take away saja yang dibenarkan.


Ini pilihan flavor ice cream yang ada untuk dipilih.


Beratur lagi kat dalam ni ye..
Betul-betul menguji kesabaran tau nak makan ice cream ni 😅


Pelbagai jenis kek pun ada dijual selain daripada ice cream.


Alhamdulillah ada seat kosong. Dapat lah duduk kejap sementara
menunggu giliran nama kami dipanggil.


Akhirnya.....

Chip Chocolate Ice Cream

Raspberry Ice Cream

Cookies & Cream Ice Cream

Tutti Fruitti Ice Cream

Alhamdulillah dapat juga merasa Hokkaido ice cream puff ni.

Sebenar nya ice cream tu biasa je. Bukan rasa ice cream premium pun.
Puff tu rangup di luar dan lembut di dalam.
Just nice lah bila makan dengan ice cream tu.
Tapi ice cream puff ni agak besar ye untuk di ngap terus.
Kena makan guna sudu 😊

Misi memburu Hokkaido ice cream puff selesai dengan jaya nya 😁




10 comments:

  1. yang rainbow tu sangat tempting! Ramai jugak ye ke kedai tu, insyaallah ada rezeki boleh pergi jugak nanti ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai.. biasa lah kalau dah viral kan.. tapi kalau pergi weekdays atau bukan public holiday mungkin kurang orang kot

      Delete
  2. Perghh..menarik betuk hokaido ice cream dia. patutlah semua pakat gigih beratur. berbaloi beratur camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. hilang penat beratur lepas dapat ice cream :)

      Delete
  3. tuu dia beratur panjang ye, tapi nampak sedap lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la kak.. not bad. Tapi actually ice cream biasa je. Puff tu je la yang lain nye

      Delete
  4. Boa noite minha querida amiga. Os sabores de sorvete são diferentes do Brasil. Deu vontade de experimentar. Parabéns pelas lindas fotos do Japão.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bom Dia meu amigo. Isso não é do Japão, mas é da Malásia. Hokkaido é apenas o nome daquela sorveteria :)

      Delete