Tuesday, October 13, 2020

Lengang Je...

Edit Posted by with 4 comments

Tadi tengahari CP ke IOI City Mall.
Dah lama CP tak ke sini sejak kes C19 ni meriah kembali.
Ni pun pergi sebab Aween ada nak beli barang.
Dah alang-alang tu kami lunch sekali kat dalam ni.

Sebaik masuk, terus cari barang Aween dulu.
Seperti biasa, CP tunggu kat luar je.
Malas nak masuk sebab takde barang nak beli pun.

Sementara Aween kat dalam, CP selfie sekeping.
Nak tunjuk kan lengang je kat dalam ni.

Ni haa... cuba tengok..



Lengang je.. tak ramai orang macam selalu.

Lepas selesai urusan Aween, kami turun bawah nak cari makan.
Kami makan di Teochew Chendul.
Tekak teringin nak makan laksa dan cendol.

So, CP order asam laksa dan cendol.
Aween order fried wantan dan cendol.



Habis makan, sebelum balik tu singgah kedai roti Lavender.
Saja beli roti buat stok letak kat pantry office.

Oh! ya.. esok bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk
negeri Selangor, Kuala Lumpur dan juga Wilayah Putrajaya.
Office CP pun tak terkecuali kena juga.
Department CP ada jadual WFH dan WFO.
Tak dapat fully WFH.
Ada department tertentu je yang boleh fully WFH.

Untuk esok, CP kena masuk office macam biasa sebab jadual belum ready.
Mesyuarat Pengurusan habis pun dah petang.
Memang tak sempatlah nak susun jadual lagi.

Takpe lah.. CP pun lebih suka masuk office.
Senang nak buat kerja. Lagi pula kerja CP ni deal dengan staff.
Kalau ada masalah senang nak call kalau CP kat office.

Emm.. apa-apa pun, sama-samalah kita jaga diri kita.
Sama-sama kita doakan semoga virus C19 ni cepat berakhir.


4 comments:

  1. Lengang betul ye. Lama tak ke IOI City Mall tu. Okaylah ramai tak keluar dan duduk rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang takut nak keluar. Banyak sangat kes kat selangor.

      Delete
  2. Boa tarde minha querida amiga. Parabéns pela excelente matéria.

    ReplyDelete