Followers

P.E.N.A.T

Tuesday, June 25, 2013

Penat..!!!

Tu perkataan yang bermain-main di minda acu
sungguh... acu terasa penat
setiap kali menjelang weekend, ada je aktiviti

Untuk pengetahuan, bulan nie acu langsung tak berehat
bermula pada minggu pertama awal bulan Jun
acu ke Taipei



Kemudian minggu kedua acu ke Padang, Indonesia



Sabtu minggu ketiga seharian acu outing dengan anak-anak saudara



Ahad nya pula seharian di Sepang tengok Super GT



Weekend baru nie pula acu balik Ho Chi Minh



Hari nie jujur nya badan acu letih
tak boleh nak fokus kerja...

Tak kira korang nak cakap korang keja lagi teruk
weekend korang lagi teruk... lagi memenat kan
acu tak peduli

apa yang acu tau sekarang acu nak rehat....!!!!!!!!!




Photobucket

WW#74 Taiwan#4 Pusing-pusing Taipei

Wednesday, June 19, 2013

Antara tempat menarik yang sempat dilawati oleh acu dan rombongan

Chiang Kai-shek Memorial Hall

Ditubuhkan semperna memperingati mantan Presiden Republik China; Chiang Kai Shek







National Palace Museum

Muzium yang menempatkan koleksi Di Raja terutamanya Jade
selain jade, ada juga koleksi tembikar China dan juga koleksi lukisan
tapi sorry, tak de gambar sebab tak boleh bawa masuk kamera.



Taipei Grand Mosque

Antara masjid yang tertua di Taipei
Alhamdulillah kami dapat menunaikan solat jamak zohor dan asar kat sini






Sun Yat Sen Memorial Hall

Balai peringatan yang ditubuhkan sempena mengingati "Bapa China Moden"
iaitu Dr. Sun Yat Sen






Taipei 101

Merupakan bangunan ketiga tertinggi di dunia selepas Al Burj Khalifa Dubai dan Tower Clock di Makkah








Shilin Market

Antara tempat shopping yang best di Taipei
macam-macam ada kat sini









Photobucket

Taiwan#3 Mencari Yang Halal Di Zhongli

Friday, June 14, 2013

03-06-2013 :: Ahad

Sebelah petang selepas habis lawatan di NCU [sini]
acu dan ahli rombongan ambil kesempatan untuk keluar
ke bandar Zhongli.. nak jenguk apa yang ada di sana

Dari NCU kami menaiki bas number 132 ke bandar Zhongli
tambang cuma 18NTD.. lebih kurang RM1.80
perjalanan cuma mengambil masa dalam 10-20 minit
wah!! terer nye naik bas.. tau pulak tu naik bas apa kan??


Owh!! pasal bas tu, acu kena berterima kasih pada mereka berdua nie


Yang perempuan tu nama nya Ruzana tapi yang lelaki tu sorry terlupa nama
mereka berdua nie pelajar dari Acheh, Indonesia
mereka la yang bagitau nombor bas, tambang dan lain-lain

Tujuan asal kami ke Zhongli selain nak tengok bandar nye
kami nak mencari sesuap makanan
terus terang nak bagitau Ya Allah! memang susah nak cari yang halal

Berdasarkan penerangan Ruzana, kami mencuba nasib
kata Ruzana, kedai nya berdekatan dengan train station
jalan sikit je nanti akan nampak kedai bertulisan Siam
kedai makan halal dari Thailand

So, lepas turun dari bas kami mencari train station
Alhamdulillah jumpa... sekali bila sampai situ
mak oi! banyak pula simpang nya
Ah!! Sudah.. nak menghala ke mana nie??


Kami tawakkal saja.. Yes!! tetiba acu ternampak sebuah kedai
yang ber signboard kan tulisan Siam


Semua dah rasa bersyukur sebab dapat makan nasi halal di sini
semangat yang berkobar-kobar tetiba merudum.. Dush!!

Mata kami tertancap pada patung Budha di depan pintu masuk kedai

erk... tak kan nie kedai makanan halal??

kalau dah ada patung kuil nie, mesti makanan dia tak halal

biar benar Ruzana nie cakap makanan kedai nie halal

Macam-macam persoalan bermain di fikiran dan mulut kami
okay fine.. kami decided tak mau masuk kedai nie
dah sah-sah la tak halal kalau dah ada patung sembahyang nie

Kami jalan lagi, sesambil tu ada ahli rombongan tanya pakcik Google
kata orang kalau dah memang ada rezeki untuk kita, mesti kita dapat rasa
toleh kiri toleh kanan, akhir nya ternampak kedai kecik nie


Besar tulisan HALAL nya.. Alhamdulillah syukur ya Allah
masalah lain pula timbul.. masalah KOMUNIKASI

Yes, diaorang memang tak pandai cakap english
even broken english pun tak pandai
apa mau order nie??


Nasib la ada gambar tertampal kat dinding
malas nak fikir panjang, semua order benda yang sama je
nasi putih berlaukan ayam digoreng dengan cili


Muka happy dapat makan nasi beras Taiwan..hehehehee


Memandangkan bas terakhir dari bandar Zhongli ke NCU pukul 10 malam
so, lepas makan kami jalan-jalan dulu ke kedai di sekitar bandar


Ada yang dah mula ber shopping
acu??? satu sen pun tak keluar malam tu.. tak de benda yang nak di beli
pukul 9 malam kami bertolak balik ke NCU
nak packing barang sebab esok pagi nak bertolak ke Taipei





Photobucket

Taiwan#2 Berpeluh Ketiak Di NCU

Thursday, June 13, 2013

03-06-2013 :: Isnin

Kunjungan acu ke Taiwan bukan semata-mata untuk bercuti
sebenar nya kami ada lawatan sambil belajar ke NCU
atau nama penuh nya National Central University
yang terletak di Zhongli, 1 jam perjalanan dari Taipei

Malas nak cerita pasal lawatan tapi acu nak cerita apa yang acu
belajar mengenai budaya pelajar dan staf di NCU nie

1:: Mereka sangat mencintai alam sekitar
persekitaran Universiti dipenuhi dengan pokok-pokok hijau
samada kecil mau pun besar
redup dan sejuk je berjalan di sekitar kampus NCU nie



2:: Budaya berbasikal sekitar kampus sangat digalakkan
semua nya demi menjaga alam sekitar


Pihak universiti juga turut menyediakan basikal percuma
sesiapa sahaja boleh naik kalau terjumpa basikal berwarna hijau
macam yang acu naik nie


3:: Biasa nya di Malaysia, kalau ada tetamu luar yang datang melawat universiti
terutamanya tertamu dari luar negara kita pasti nya akan menyediakan kenderaan
untuk membawa para tetamu bergerak dari satu tempat ke satu tempat kan??


Tapi berbeza dengan Taiwan, kami semua kena BERJALAN KAKI..!!
ulang sekali lagi... JALAN KAKI okay..!!!
satu-satu tempat yang kami lawat tu bukan dekat tau... jauh-jauh
termasuk lah dengan Vice President NCU, pun jalan kaki

4:: Dah la jalan kaki, nak naik ke bilik mesyuarat pula kena NAIK TANGGA!!
ada lift tapi diaorang tak guna.. hanya untuk OKU sahaja
kalau dah diaorang tak guna tak kan lah kita nak mengada guna kan
so, follow je lah montot diaorang panjat tangga... uwaaaaaaaaaa!!!
no wonder lah orang-orang dia kurus-kurus.. huhuhu..!!


5:: Penggunaan air cond di dalam bangunan juga sangat minima
dah la penat jalan kaki, masuk bilik mesyuarat pula tak terasa air cond
meleleh peluh di buat nya tau

Tu lah serba sikit yang acu belajar mengenai budaya diaorang
tapi memang betul pun, bukan di NCU nie sahaja budaya tu diamalkan
di Taipei pun sama... jalan kaki dan tangga ada lah element penting dalam hidup mereka
nak turun dan naik ke train station kena guna tangga tak kira tua mau pun muda
lift hanya untuk orang yang berkerusi roda
kalau bernasib baik ada station yang menyediakan elevator


p/s:: Agak nya kan, kalau acu sambung belajar kat sini
mesti balik Malaysia acu kurus macam orang dalam gambar kat atas tu kan.. ahaks!!





Photobucket

WW#73 Taiwan#1 From LCCT to Tauyuan Airport

Wednesday, June 12, 2013

02-06-2013 :: Ahad

Bertolak dari LCCT pukul 10.00 pagi


Antara ahli rombongan yang ikut ke Taiwan
acu lah yang paling muda *wink wink*


Lebih kurang 4 jam lebih kami selamat sampai di bumi Taiwan "The Heart of Asia"


Dari Tauyuan Airport, kami di bawa ke Guest House National Central University
yang terletak di Zhongli.. lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandar Taipei

::Sambung::





Photobucket

Dengan Nama Allah

Tuesday, June 11, 2013

"Dimulakan dengan Bismillah..."

Antara bait lagu nyanyi kumpulan Raihan
sekian lama blog nie menyepi
hajat di hati nak kembali aktif berblog

Semoga ditetapkan hati nya, diberi idea yang baik
dan diberi masa yang cukup oleh Nya

Sebagai permulaan, acu "plastic surgery" kan
rupa paras blog nie... daripada yang ini


kepada yang ini


Semoga dengan rupa paras yang baru dan fresh nie
nafsu menulis sentiasa membuak-buak... heheheheee




Photobucket