Sebaik keluar dari Trans Studio [sini] kami ke Jalan Riau
tempat pertama dituju ialah kedai perfume

Pelbagai jenis jenama perfume antarabangsa kita boleh beli kat sini
dengan harga yang sangat sangat sangat murah
dan yang lebih penting tahan lamaaaaaaaaaa


Lepas shopping perfume, anak-anak singgah beli baju
sekitar Jalan Riau ni banyak factory outlet
macam-macam brand ada di sini


Lenguh dah berjalan, perut dah berkeroncong
malam terakhir ni Cik Darling minta supir bawakan kami ke tempat special
Kami ke Dago Highland.. keluar sikit dari Kota Bandung
kat sini boleh makan sambil menikmati permandangan malam Kota Bandung
dari tanah tinggi dalam suasana dingin sejuk




Emm... apa kami makan ya??





Iskh.. tetiba terliur tengok pizza tu.. ahaks!!
owh ya.. malam tu kami je pelanggan yang ada masa tu
memang puas hati gelak ketawa macam kat rumah sendiri.. hahahaaa
Perut dah kenyang, kami bertolak balik ke hotel
sampai ke hotel, packing barang-barang sebelum tidur
tak sedar jam berapa kami zzzzZZZZZZzzzzzzzzz....
...to be continue...

Wah...makanan western tu nampak sedap... :)
ReplyDelete