Followers

#Throwback #2015 Lawatan Ke Hudaibiyah

Monday, March 7, 2016

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
dengan izin Allah period Cik Darling kering pada 09-12-2015
jam 1.30 pagi Cik Darling pergi ke Masjidil Haram
untuk selesaikan ihram Cik Darling

Tidak lah berseorangan.. Cik Darling pergi ditemani dengan kakak-kakak
dan beberapa orang jemaah lain termasuklah ustaz dan Habib

Tapi semasa di dalam masjid Cik Darling berpecah dengan diaorang
diaorang lakukan tawaf sunat manakala
Cik Darling buat tawaf dan saie umrah
janji jumpa diaorang kat dataran selepas selesai solat Subuh

 photo Picture8_zpsrapejzpv.jpg
 photo Picture9_zpsynizwjmi.jpg

Pagi ni kami ada lawatan ke Hudaibiyah
sebelum ni bila pergi ke Hudaibiyah mesti nak pekena susu unta [sini] dan [sini]
tapi kali ni unta tiada.. kata nya kerajaan Arab Saudi dah "sorokkan" unta
sebab konon-konon nya nak elakkan penyebaran virus Mers CoV
yang katanya berpunca daripada unta




Jadi, kali ni kami terus dibawa ke Masjid Hudaibiyah
untuk berniat ihram dan mendengar sedikit tazkirah berkaitan sejarah Hudaibiyah
ni juga merupakan umrah kami yang terakhir sebelum kami berangkat
balik ke Malaysia

 photo Picture10_zpsqgnvx3wy.jpg

Balik dari Hudaibiyah, kami di hantar ke hotel
naik hantar barang dan ambil wuduk semula sebelum terus ke Masjidil Haram

Alhamdulillah kami semua berjaya selesaikan umrah terakhir kami bersama-sama
semoga Allah panjangkan lagi usia kami dan menjemput kami kembali semula

 photo Picture11_zpshfu04kjy.jpg
 photo Picture14_zps2luhyuef.jpg
 photo Picture13_zpsruuub29r.jpg
 photo Picture12_zpsqeu1kshl.jpg

Lepas selesai semua kami terus balik ke hotel berehat
solat Asar kami di hotel sebab masing-masing terasa penat

Malam tu kami solat Maghrib dan Isyak di dataran masjid saja
memang saja nak solat diluar sambil hirup udara malam di sini




Usai solat Isyak, kami "berkelah" makan KFC kat dataran masjid
seronok sangat.. makan sambil memerhati gelagat manusia di situ
rasa KFC di Mekah tak sama dengan KFC kat Malaysia

 photo Picture15_zps2ehqr5nw.jpg

Kami beli sorang satu set sudahnya tak habis pun kami makan
jadi, mana-mana makanan yang tak berusik kami letak kan dalam satu kotak
Cik Darling sedekahkan kepada tukang sapu kat dataran tu
seronok betul diaorang dapat makan KFC.. senyum lebar

Balik dari masjid, kami singgah beli ais krim
penuhkan hajat Kak Jah yang teringin sangat nak rasa ais krim Mekah

 photo Picture16_zpsmbij32mi.jpg
 photo Picture17_zpsq4f9pra7.jpg
 photo Picture18_zpsvztggflx.jpg

Sampai kat hotel rehat sekejap pastu terus zzZZZZZzzzzzzz...




...to be continue...










Photobucket

3 xoxo:

Kakzakie Purvit said...

Sambil membaca kakak menerawang mengimbau kembali detik-detik indah itu Acu.
Seronok kan.

Kakak pergi berkali-kali tak terfikir pulak dan cuba solat di dataran Masjidilharam. Kalau di Masjid Nabawi kakak pernah.

Akak Kembang said...

bestnya kak pya....mudah-mudahan sampailah Alin ke sana satu hari nnt

mamawana said...

Hehehe best sangaat kan di sini... Rinduuu