Followers

#Throwback #2015 Program Lawatan Mekah 1

Thursday, March 3, 2016

07-12-2015 kami semua di bawa melawat ke beberapa tempat di sekitar Mekah
Jabal Thur atau Jabal Nur menjadi destinasi pertama kami
di sini terletaknya Gua Thur
gua yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad S.A.W
bersama Saidina Abu Bakar daripada kaum Quraisy

Kalau tak salah Cik Darling ketinggian Jabal Thur ni melebihi 3000 kaki
ada jemaah dari negara lain yang panjat Jabal Thur untuk melihat sendiri
keadaan Gua Thur yang terletak di atas nya

 photo Picture13_zpspauk5tbb.jpg
 photo Picture14_zpsi7d3o4bz.jpg

Hajat hati Cik Darling teringin juga nak panjat jika diizikan Nya
ustaz cakap  nak buat rombongan panjat Jabal Thur ni

Dari Jabal Thur, kami ke Arafah pula
antara tempat yang Cik Darling tunggu
hajat menggunung tinggi nak panjat Jabal Rahmah
tak pernah berputus asa nak berdoa untuk jodoh di sini

 photo Picture15_zpsnloturrn.jpg

Tapi hajat tinggal hajat je lah
kali ni Cik Darling mampu panjat separuh jalan je
kudrat terasa habis langsung sebab pagi nye sebelum subuh
Cik Darling "bertarung" merempuh manusia untuk
mengucup Hajarul Aswad
Alhamdulillah berjaya.. tapi masa nak panjat Jabal Rahmah
baru terasa kehabisan tenaga.. tak mampu nak naik ke atas

 photo Picture16_zpshjuuhphn.jpg

Tak pe lah kita berdoa dari tengah-tengah bukit ni je lah
Habib panjat sampai atas

 photo Picture18_zpscnaxvtie.jpg
 photo Picture17_zpscg5dya8i.jpg

Selesai di Jabal Rahmah, kami di bawa ke Mina
melihat khemah-khemah yang akan digunakan semasa musim haji nanti

 photo Picture19_zpsvqqurgzz.jpg
 photo Picture20_zpsxf58wrq9.jpg
 photo Picture21_zps4rdhozcj.jpg

Mula terbayang kenangan ketika menunaikan Haji pada tahun 1988 dulu
tapi jauh beza khemah sekarang berbanding dengan tahun 1988
nampak khemah sekarang lebih selesa

Destinasi terkakhir kami ialah Masjid Jaa'ranah
di sini kami solat sunat ihram dan berniat ihram untuk kali kedua
tapi maaf tak ada gambar sebab manusia terlalu ramai

Dari Jaa'ranah kami terus balik ke hotel
naik ke bilik lepas kan hajat dan berehat sekejap
sebelum turun semula untuk ke Masjidil Haram

Tapi di sini Allah nak uji Cik Darling
Cik Darling yang dah habis period sebelum datang
tiba-tiba dengan kehendak Nya period Cik Darling turun semula
mungkin sebab badan terlalu penat

Maka nya duduk lah Cik Darling ni dalam ihram
banyak pantang larang ihram nak kena jaga.. Allahuakbar
nak menangis dengan ujian yang Allah turun kan untuk Cik Darling ni

Bermula lah episod Cik Darling berkurung dalam bilik hotel
tak keluar ke mana-mana.. termasuklah tidak turun makan kat bawah
Alhamdulillah Kak Leeza ada bawa ubat period
ubat tu lah jadi teman setia Cik Darling sambil dalam hati
tak putus-putus berdoa supaya period ni cepat kering




....to be continue....











Photobucket

2 xoxo:

Kakcik Nur said...

Mak dulu jangankan separuh, hanya beberapa langkah sahaja mampu mendaki Jabal Rahmah tu...

Darling Pya said...

Kakcik Nur:

Lutut kena kuat nak panjat sampai atas