Tuesday, May 10, 2016

#Throwback Penutup Bulan April Yang Awesome

Edit Posted by with No comments
Perancangan asal, program ini sepatutnya berlangsung pada 23-01-2016 yang lalu
tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka program ini terpaksa ditangguhkan [sini]

Alhamdulillah dengan izin Allah program ini menjadi realiti pada 30-04-2016 lepas

Apa program nya??

Tengok banner ni


Majlis Minum Petang Ahli Group Tun Dr M bersama kedua-dua Tun
bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya
ini kali kedua majlis seumpama ini dianjurkan
kali pertama diadakan pada tahun 2012 [sini]

Kalau kali pertama dulu Cik Darling datang sebagai tetamu biasa
berbeza dengan kali ini, Cik Darling menjadi salah seorang comittee
kerana Cik Darling antara salah seorang Admin untuk page tersebut :)


Walaupun majlis bermula jam 2.30 petang
tapi seawal jam 12 tengahari ahli comittee sudah berada di hotel
untuk membuat persiapan akhir untuk memastikan majlis berjalan
dengan lancar dan tetamu pulang dengan puas hati






Pukul 2 petang.. i'm ready!!!


Cik Darling bertugas sebagai urusetia pendaftaran
bersama dengan seorang lagi admin; Emma (free hair)




Para tetamu dah memenuhi dewan
semua tak sabar nak bertemu dengan kedua Tun
ada yang datang dari Pahang dan ada yang dari Johor


Kedua Tun tiba pada jam 3 petang


Barisan admin diletakkan semeja dengan kedua Tun di meja utama


Bangga sekejap bila gambar Cik Darling terpapar di skrin ketika Tun berucap
masa tu slide yang memperkenalkan barisan admin dimainkan.. hehehehe




Kami turut mengambil kesempatan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-30
dan juga menyambut Hari Ibu in advance


Jambangan bunga untuk Tun Siti Hasmah


Acara terakhir.. apa lagi... bergambar lah beramai-ramai dengan kedua Tun



Dan juga sesi autograf... Cik Darling pun tak nak lepaskan peluang
gigih pagi tu pegi kedai gambar print tiga keping gambar ni
untuk ambil autograf kedua Tun


Barisan committee yang terlibat menjayakan majlis ini


Alhamdulillah majoriti tetamu yang datang semua berpuas hati
ada juga lah sorang dua yang berbunyi nada-nada tak best
kami barisan committee telah berusaha memberikan yang terbaik untuk anda
ampun maaf kami pohon kepada anda yang tidak berpuas hati

Belanja dua keping gambar Cik Darling dengan kedua Tun



Penutup bulan April yang sangat awesome..!!!





p/s:: credit photo as tag dan Facebook Tun Dr. Mahathir [sini]










Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment