Followers

Apa Gelaran Anda?

Thursday, May 19, 2016

Dengar celoteh Sepahtu dalam radio Sinar pagi tadi
menceritakan tajuk "Apa Gelaran Anda?"

Beberapa caller yang call tadi yang sempat Cik Darling dengar
antara gelaran nya Mike dan Cangkul
masing-masing punya cerita sendiri macam mana dapat gelaran tu

Cik Darling masa dulu-dulu ada la juga beberapa gelaran
meh Cik Darling bagitau satu persatu ya

Ayam Daging.. gelaran masa sekolah rendah
kawan-kawan lelaki panggil tu sebab badan Cik Darling berisi
kira nya berisi macam ayam daging lah.. ayam daging kan gemok-gemok
jahat sangat tau.. 

Combi.. panggilan daripada seorang senior semasa belajar di Perlis
tak pasti pula kenapa dia panggil Cik Darling dengan gelaran tu
nak kata muka Cik Darling macam anak mami Pulau Pinang
jauh sangat lari nya.. entah lah.. hanya dia saja yang tau jawapan nya

Acu.. singkatan daripada perkataan "Maksu"
menunjukkan Cik Darling ni anak yang bongsu
panggilan tu asal nya daripada anak-anak sedara Cik Darling

Guddu.. ni gelaran untuk Cik Darling semasa kerja kilang di Penang 
sementara nak tunggu result SPM keluar
ada sorang guard India yang bagi gelaran tu
"Guddu" maksud nya gemok.. kira tu bahasa sopan la nak kata Cik Darling gemok
hahahahaa... hampeh sangat tau guard ni

Baby.. sorang staf kat UPM ni panggil Cik Darling "baby" masa kami sama-sama
melancong ke Beijing tahun 2004.. lama sangat dah
dia bagitau semua ahli rombongan panggil Cik Darling "baby"
dia kata kulit Cik Darling ni gebu macam baby.. hahahahaaa
dan memang gelaran tu melekat hingga sekarang 
adalah beberapa orang ahli yang ikut pegi rombongan tu masih panggil "baby"

Darling.. gelaran yang Cik Darling guna hingga sekarang
tak ingat dah macam mana timbul dan siapa yang mula kan
terasa diri sangat di sayangi bila orang panggil "Darling"
Cik Darling senang dengan gelaran ni

Kawan-kawan ada gelaran??







Photobucket

9 xoxo:

Suriaamanda said...

SA Kat Seremban diorang panggil Ayu sampai sekarang, Kat umah Along sebab anak sulung kan...lain2 gelaran x ingat la...

Kakcik Nur said...

Mak suka panggil Acu dengan panggilan Acu je... :)

Satu gelaran yang mak ingat, masa masih remaja di kampung dulu, mak dipanggil Cik Embong sebab wajah dan sikap mak yang sombong...;-)

Yana Yani said...

saya dengar juga pagi tadi. kelakar kan
saya dulu orang panggil kak pit
biasa gelaran mat pit tuk penagih dadah kan
saya dapat kak pit sebab menang kuiz anti dadah. hahaha

anis abdullah said...

Ada macam2 jugak. Sendiri reka pun ada. Hehe.

Darling Pya said...

Suriaamanda:

Jaun lari nye Ayu dengan nama betul SA tu.. hehehehee

Darling Pya said...

Kakcik Nur:

Ok je mak panggil Acu tu..since kenal pun memang nama tu mak panggil kan?

Darling Pya said...

Yana Yani:

Ingat kan sebab Yana kurus.. hehehehee

Darling Pya said...

Anis Abdullah:

Dulu2 orang suka gabung2 nama pastu gabungan dijadikan nama gelaran

makchaq said...

Makchaq tak dak gelaran.. x popular...

Makchaq pun suka panggil Acu kat cik darling.. rasa macam manja panggilan tu.. sesuai dengan orangnya yang manja2 macam acu..