Followers

Menggamit Rindu

Friday, May 6, 2016

Setelah berbelas minggu mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid Penjara Kajang
maka ada 23-04-2016 yang lepas diadakan latihan praktikal
untuk menguji sejauh mana kefahaman kita sepanjang mengikuti kursus.

Peserta wanita ramai yang memakai telekung
pakaian yang biasa dipakai ketika melakukan wukuf
dan yang lelaki pula ada yang bawa kain ihram
mereka belajar memakai kain ihram dengan ustaz

 photo Picture1_zpseevyinan.jpg

Kami dibawa menuju ke "Arafah"
di sini ustaz memberi penerangan ibadat yang biasa dilakukan ketika wukuf

 photo Picture3_zpslwbjrxsk.jpg

Dari "Arafah" kami di bawa ke "Muzdalifah" untuk kutip anak batu
yang diperlukan untuk ibadat melontar nanti

 photo Picture4_zpsjkxw57st.jpg

Ha amik kau... besar-besar ketul batu yang Cik Darling kutip
kena kepala orang ni naya je.. hehehehe

 photo Picture6_zpszntzltv9.jpg

Dah habis kutip batu, kami di bawa ke "Mina"
disediakan tiga jumrah untuk peserta melontar

 photo Picture5_zpstkfaaefe.jpg

Selesai melontar, kami dibawa pulang ke "Mekah" semula
untuk menyelesaikan tawaf dan saei

 photo Picture8_zpsmstaeode.jpg
 photo Picture7_zpsxskjxslx.jpg

Melihat replika kaabah yang disediakan pihak menganjur
membuatkan hati mula merindui Tanah Haram

 photo Picture2_zpsmjgjrznn.jpg

Ya Allah semoga ada rezeki Cik Darling dan kakak
untuk menjadi tetamu Agung Nya pada tahun ni

Doa kan Cik Darling ye kawan-kawan :)







Photobucket

2 xoxo:

anis abdullah said...

semoga dapat hajatnya tu..

makchaq said...

Alhamdulillah... Acu dapat pegi tahun ni... bilan 8 la berangkat kan..