Followers

Makanan Untuk Golongan Gelandangan

Friday, May 20, 2016

Dah lama Cik Darling tak melibatkan diri dalam charity ni
last Cik Darling join bagi makanan golongan gelandangan ni
bulan Januari awal tahun hari tu

Sebenarnya Cik Darling baru je join charity ni
dalam bulan November 2015 macam tu
Cik Darling ikut EE dan kawan-kawan motorsikal dia
sama-sama buat collection kemudian beli makanan
dan edarkan kepada golongan  gelandangan ni

Biasa nya kami akan berkumpul di kawasan Hotel Vistana
kat situ semua makanan yang diderma akan dikumpulkan
kemudian berjemaaah bungkus makanan-makanan tersebut

 photo Picture1_zps6rfjmp9j.jpg
 photo Picture2_zpsoihowxy0.jpg
 photo Picture3_zpsuizpjbae.jpg

Antara makanan yang biasa disumbangkan ialah nasi lemak, roti, pisang atau 
buah-buahan lain, air kotak dan juga air mineral..

Dah siap bungkus.. ready untuk diagihkan

 photo Picture4_zpsb4jclstb.jpg

Antara lokasi yang biasa kami pergi
sekitar Jalan Bukit Nanas

 photo Picture5_zpsuucdui2h.jpg

Kawasan Bangkok Bank

 photo Picture7_zpsyhm16fjm.jpg

Dan juga perkarangan Masjid Negara

 photo Picture8_zpsjfaxcown.jpg

Ada juga insan yang baik hati dermakan pakaian
dilonggokan di situ, nanti gelandangan ni akan pilih mana yang muat
dan yang mana mereka berkenan

 photo Picture6_zpsiptmlt0r.jpg

Tak tergambar perasaan sendiri sebenarnya bila kita dapat buat diaorang gembira
timbul rasa insaf dan rasa syukur dalam diri bila melihat mereka
sayu terutama nya bila melihat keluarga yang ada baby
Allah..

Semoga Allah Taala lindungi mereka semua
dan semoga Allah berkati usaha kami yang tak seberapa ini.. ameen...







Photobucket

0 xoxo: