Followers

Jejak Kasih

Monday, June 6, 2016

Jumaat lepas Cik Darling ke Putrajaya selepas habis kerja
tempat dituju Medan Selera Laman Perdana
berdekatan dengan Jabatan Perdana Menteri

"Emi, hang kat mana?"

"Aku ada kat tepi ayaq pancut. Anak aku pakai kain sekolah warna coklat"

Dari jauh nampak seorang perempuan melambai

Peluk cium agenda wajib bila dah lama tak jumpa
Cik Darling datang jumpa kawan Cik Darling; Emi

 photo Picture1_zpsahzdabtp.jpg

Ya Allah! Dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak jumpa
last jumpa selepas tamat tingkatan tiga di SMKAP, Perlis tahun 1993
sekarang ni dah tahun 2016..


Dah 23 tahun uolssss...!!!!


Lepas peluk cium, Cik Darling terus pergi cari makan
sebab perut ni nyanyi lagu keroncong daripada kat pejabat lagi
order makanan yang cepat dapat sebab malas nak tunggu

Chicken chop berharga RM9.90 dan air bandung tiga layers jadi santapan

 photo Picture2_zpselrojfmu.jpg

Lepas tu duduk berborak sakan sambil mulut ngap ngap makan.. hehehe
macam-macam cerita yang Emi cerita kan kepada Cik Darling
Cik Darling jadi pendengar setia je petang tu

Asyik bersembang sampai la terdengar laungan azan maghrib dari Masjid Putra
sekali lagi peluk cium sebelum berpisah

Emi, apa pun masalah yang hang tengah hadap sekarang ni
aku tau hang manusia yang kuat semangat dan tabah
hang manusia yang dipilih Allah untuk lalui ujian ni
insyaAllah aku sentiasa doakan yang terbaik untuk hang
dan aku doakan semoga segala-galanya dipermudahkan Allah






Photobucket

0 xoxo: