Followers

Food Walk:: Pulut Awi Bukan Milik Penyanyi Awie Wings Tau

Friday, June 3, 2016

Lepas makan di Restoran Ayam Penyet Best [sini]
kami jalan-jalan cuci mata dalam Aman Central Mall
keluar dari Aman Central Mall, kami ke tempat makan kedua pula

Makan lagi??? ya.. ya.. ya.. nak cari makan lagi.. hehehehe

Jom kita pi makan pulut pula

Habib bawa kami ke gerai Pulut Awi
yang terletak di belakang Bank Rakyat Alor Setar
berdekatan dengan bangunan stesen bas lama
sekarang dah tak de dah stesen bas tu

Landmark lain selain Bank Rakyat ialah Bangunan MARA
betul-betul terletak di depan jalan masuk ke Bangunan MARA

Gerai Pulut Awi ni memang terkenal di Alor Setar
pelbagai jenis pulut ada dijual di sini

 photo Picture3_zpsw3hzkrye.jpg

Kami sampai dah petang, dah hampir jam 6 petang
pulut yang tinggal hanya untuk lima pinggan
ngam-ngam untuk kami berlima

Cik Darling order pulut kahwin
sebab apa pulut kahwin??
sebab ada durian dan mempelam

 photo Picture4_zpsod2ihmvt.jpg
 photo Picture5_zps6rghgopo.jpg

Kak Ma dan Habib order pulut durian
Kak Liza dan Syikin kongsi makan dengan kami bertiga
dua lagi kami bungkus bawa balik
satu pulut durian, satu lagi pulut mangga

 photo Picture6_zpsgzi08j6s.jpg

Walau pun dah petang tapi orang masih lagi ramai
yang beratur menunggu tu orang yang dah call booking awal-awal lagi
kira datang ambil je lah

 photo Picture7_zpsddrecfbf.jpg

Kalau korang tersesat ke Alor Setar
jangan lupa cari Pulut Awi
kalau nak selamat supaya tak pulang dengan perut kosong
lebih baik korang call dulu untuk booking
nombor telefon ada kat gambar di atas







Photobucket

0 xoxo: