Monday, March 6, 2017

#Throwback Birthday:: Cuma Berdua

Edit Posted by with 3 comments
Biasanya Cik Darling akan raikan birthday dengan
tiga orang sahabat Cik Darling tapi
tahun ni tak ada rezeki nak berkumpul semua

15-02-2017 bertempat di Me'nate Steak Hub Bangi
Cik Darling cuma makan berdua dengan Shazlin saje
yang dua lagi tak dapat datang
masing-masing sibuk dengan kerja

Lagi pun yang dua orang tu tinggal di Kuala Lumpur
Shazlin je yang tinggal dekat dengan Cik Darling

Orang kalau datang Me'nate ni mesti nak makan steak
tak kira lah daging kambing atau daging lembu
tapi Cik Darling lebih suka pilih ikan Salmon
sebab Cik Darling bukan penggemar steak



Shazlin pilih steak daging kambing
dia memang penggemar tegar kambing



Memilih Black and White Mousse Cake sebagai birthday cake
ni kira birthday cake yang kelima untuk tahun ni
first time cuba kek kat Me'nate ni
not bad lah rasa nya...




Berbanyak terima kasih ye Lin
sebab sudi luangkan masa makan dengan aku
walaupun masa hang sangat-sangat terhad
dan terima kasih juga sudi belanja aku makan
semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat

Friday, March 3, 2017

#Throwback Birthday:: Baskin Robbins..!! Woow Weeee..!!!

Edit Posted by with 5 comments
08-02-2017 sekali lagi Cik Darling diraikan oleh
kawan-kawan sebilik dengan Cik Darling di pejabat
amboi berhari-hari sambut birthday ya?? hahahaha

Di mana makan nya?

Kat mana lagi kalau bukan di IOI City Mall Putrajaya
al maklum lah pejabat cuma seberang jalan je.. hehehehe
kami makan tengahari di restoran Kenny Rogers

Nak kelainan kali ni tak nak kek
so, Cik Darling pilih ais krim Baskin Robbins sebagai ganti



700 gram ais krim dengan dua perisa iaitu
Jamoca Almond Fudge dan Strawberry Cheese Cake (favorite ni)
enjoy makan berebut dengan kawan-kawan



Terima kasih kawan-kawan sudi raikan birthday Cik Darling
and susah payah belanja semua ni
sayang korang semua ketat-ketat.. muaaahhhhh..!!





Thursday, March 2, 2017

#Throwback Birthday:: Kek Yang Ketiga

Edit Posted by with No comments
Kek yang ketiga untuk tahun ni
special daripada Pengarah Cik Darling
airtangan anak dara dia..



Wow! Pengarah bagi kek?
staf yang hebat ke Cik Darling ni dapat layanan special macam ni?

Uisshhhhhhh... bukan begitu ye kawan-kawan

Emm... ibarat nye macam ni

Di pejabat dia Pengarah tapi di luar dia seperti kakak Cik Darling

Akrabnya kami sebab selalu melancong bersama







So, tak payah fikir yang negatif ya
sebab Cik Darling ni bukan jenis "mengipas" bos

Terima Kasih Dr.Tim untuk kek yang sedap ni

Wednesday, March 1, 2017

#Throwback Birthday:: Terima Kasih EE

Edit Posted by with No comments
Rutin tahunan Cik Darling akan sambut birthday dengan EE
selain daripada keluarga tercinta
tahun ni sambut belated (03-02-2017) 
sebab cuti Tahun Baru Cina Cik Darling balik kampung

Tahun ni Cik Darling pilih makan di Restoran TGI Fridays, Alamanda
sebab dekat dengan tempat kerja kami
oh ya EE sekarang ni dah berpindah pejabat di Putrajaya
jadi, dah dekat denganlah dengan Cik Darling

Menu yang Cik Darling pilih untuk lunch hari tu ialah Grilled Salmon



Lupa pula nak ambil gambar makanan EE
nampak sangat lapar.. tak sabar nak makan.. hahaha

Tengah makan tetiba datang staf TGI Fridays bawakan ais krim
katanya special dari TGI untuk customer yang sambut birthday kat situ




Kemudian EE order tambah brownies
brownies kat sini memang favourite EE



Lilin tu acah-acah je
tak ada api nye pun.. hehehee

Dikesempatan ini, Cik Darling nak ucapkan terima kasih kepada EE
untuk birthday treat ni... emm... hadiah??
tak tau nak minta apa tahun ni sebab rasa semua benda dah ada :)