Wednesday, May 16, 2012

Bila Agak Nya Berpeluang Mendaki Jabal Thur??

Edit Posted by with 10 comments

Tarikh:: 18-04-2012 (Selasa)

Jadual hari kedua dipenuhi dengan lawatan sekitar Kota Mekah
destinasi pertama ialah ke Jabal Thur

Photobucket

Di Jabal Thur ini adalah terletaknya Gua Thur
mengikut sirah, ketika Rasulullah mula berhijrah ke Yathrib (Madinah)
Baginda bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur di Jabal Thur
dari Kaum Quraisy. Anak Abu Bakar, Asma turut mendaki Jabal Thur
membawa makanan untuk Baginda Rasullullah dan ayahandanya.

Photobucket

Kalau tak salah acu ketinggian Jabal Thur nie melebihi 3000 kaki
ada juga manusia yang panjat Jabal Thur nie untuk melihat sendiri
keadaan Gua Thur yang terletak di atas nya
tapi jemaah kami cuma melihat dari bawah
setakat bergambar di kaki bukit saja

Seperti biasa, peniaga ada di mana-mana

Photobucket

Nak beli boleh tapi kena hati-hati
cuba lihat gambar bawah nie

Photobucket


Golongan peminta sedekah nie cuba menghimpit suami isteri nie
kedua-dua nya adalah ahli rombongan acu
situasi macam nie sangat bahaya...kalau silap langkah
boleh hilang semua duit yang dibawa

Jadi, walau dimana kita berada di sekitar Mekah mahu pun Madinah
hati-hati lah...pencuri tetap ada walau pun di Tanah Suci




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

10 comments:

  1. Di tempat suci pun mereka tak takut Allah... :(

    ReplyDelete
  2. Banyak bukit yg kakak pergi pun hanya jabal rahmah aje yg kakak daki Acu. Lainnya semua di kaki bukit je..

    Betul ramai peminta sedekah di sana dan jemaah M'sia selalu dihimpit kerana mereka tahu kita pemurah.

    ReplyDelete
  3. wuih! cmtu ka..ada jugak penyangak kat sana ...forsure kena potong tangan kalau kena tangkap ..kan!

    ReplyDelete
  4. kakcik::

    sebab tu tanah tumpah darah diaorang...kita yg sesekali pegi rasa suci tapi diaorang tggl di sana sebab tu tak rasa apa2 :)

    ReplyDelete
  5. kakzakie::

    tu la kak tapi ada agensi yg sedia kan pakej panjat bukit thur nie

    ReplyDelete
  6. PCL::

    di mana2 pun ada penjahat nie sebab syaitan kan ada di mana2 termasuk la di tanah suci :)

    ReplyDelete
  7. di negara yang hukumannya potong tangan pun masih ada pencuri.

    ReplyDelete
  8. azmiroy::

    biasa la tuan..penjahat ada di mana2 je :)

    ReplyDelete
  9. diarang dah tempat depa kann.. buat jahat pada dia boleh mintak maaf agak nya..hee

    ReplyDelete
  10. Kak Azian::

    mungkin la kot kak :)

    ReplyDelete