Followers

Pulang Semula Ke Banda Aceh

Friday, November 8, 2019

Tarikh:: 30-10-2019

6.30 pagi kami dah sarapan. Pagi gile uols..!! 😅


Kalau nak tau kan, kat Malaysia bukan hari-hari Cik Pya makan nasi.
Tapi kat sini, berselera betul dengan nasi.
Pagi, tengahari dan malam.. asyik nasi je 😁


Sarapan sambil menikmati bunyi ombak.
Lagi tambah selera nya.. hahahaha


Dalam pukul 6.50  pagi kami bergerak ke Mata IE Resort.
Semua berkumpul kat situ dulu sebelum sama-sama bergerak ke jeti.

Sementara menunggu ahli rombongan lain siap, sempatlah bergambar kejap
kat Mata IE Resort ni.



Oh ya! Kenalkan Zul.. tour guide kami semasa di Pulau Sabang.


Time to balik ke Banda Aceh.
Tiba-tiba rasa macam tak puas lagi berada kat Pulau Sabang ni.
Sebenarnya ada lagi tempat yang kami tak sempat nak melawat
disebabkan kekangan masa. Semuanya gara-gara feri datang semalam [sini]
lewat 2 jam dari waktu sepatutnya kami berlepas.
Ikut jadual kami sepatutnya naik feri pukul 8 tapi sebab masalah teknikal
kami terpaksa naik feri yang pukul 10 pagi punya.


Di dalam feri, ada ramai peniaga yang berjualan kecil-kecilan.
Ada yang menjual nasi, kacang, gula-gula dan juga buah salak.
Macam pakcik ni jual buah salak. Sekilo Rp25ribu. Manis buah salak dia.


Alhamdulillah dah selamat sampai di jeti Ulee Lheue


Tempat lawatan pertama hari ini ialah ke Masjid Baiturrahim.
Salah satu masjid yang menjadi saksi bisu semasa kejadian tsunami.


Ketika bangunan lain menjadi tanah rata, masjid Baiturrahim ni
tetap kukuh berdiri walaupun kedudukannya cuma puluhan meter dari pantai.

Masjid Baiturrahim semasa tsunami - Ehsan Google

Wajah Masjid Baiturrahim sekarang.





Cik Pya sempat berbual dengan Pak Adi yang merupakan Tok Siak masjid ini.
Beliau merupakan salah seorang yang terselamat semasa kejadian tersebut.


Pak Adi ni sama seperti orang lain melarikan diri ke bandar
dengan menaiki kereta bersama ibu dan ayahnya.
Sepantas kilat ombak tsunami datang. Ketika sedar, beliau telah
berada dalam air. Beliau dapat merasa ombak tsunami yang bergulung-gulung
menghancurkan semua apa yang ada.

Pada ketika itu, beliau terpisah dengan ibu dan ayahnya. Dalam gulungan air
semasa dibawa arus sayup-sayup beliau dengar suara ibunya

"berzikirlah nak"

Sayukan? Sebak bila dengar Pak Adi bercerita.

Bagaimana Pak Adi boleh terselamat?

Sebenarnya beliau telah tercucuk besi semasa dihanyutkan ombak tsunami.
Selepas air surut beliau berjalan mencari rumah sakit atau hospital.
Tetapi rumah sakit telah menjadi tempat pengumpulan mayat.
Beliau koma bersama mayat-mayat tersebut dan hampir sahaja ditanam.
Kuasa Allah telah menggerakkan anak saudara beliau yang menjumpainya.
Lantas memberitahu pasukan penyelamat bahawa pakciknya masih hidup.

Kata Pak Adi, air naik hingga ke paras siling (rujuk anak panah).
Tinggikan air tu naik? Allah.. 😥



Ramai orang berlari masuk ke dalam masjid ini untuk menyelamatkan diri.
Tetapi hanya 9 orang yang berjaya naik ke puncak masjid dengan selamat.

Dari Masjid Baiturrahim, kami di bawa ke Kapal PLTD Apung 1.


Kapal ini pada asalnya merupakan penjana eletrik diesel untuk kawasan sekitar.


Namun semasa kejadian, kapal ini diseret ombak tsunami sejauh 5 kilometer.
Iaitu dari tempat asal kapal berlabuh di Pelabuhan Ulee Lheu dibawa hingga
terdampar di Perkampungan Punge Blang Cut.




Bayangkan betapa kuatnya ombak tsunami ketika itu hingga mampu
menolak kapal seberat 2600 tan ini sejauh itu.. Allahuakbar..!! 😥

Cik Pya tak naik ke atas kapal pun sebab temankan kakak kat bawah.

Di sini juga ada dibina tugu bagi memperingati mangsa tsunami di tempat ini.



Juga dibina batu ombak yang menunjukkan ketinggian ombak terakhir
ketika tsunami berlaku. Kalau Cik Pya ada semasa kejadian tu, tak tahu lah
Cik Pya boleh selamat ke tak bila berhadapan dengan ombak setinggi tu?


Tu ombak yang terakhir.. ombak yang awal-awal tak terbayang tinggi nye.
Cik Pya ni dah la tak pandai berenang.. iskh! Nau'zubillah..
Takut nak bayangkan 😓

Destinasi seterusnya kami ke Rumah Tcut Nyak Dien.


Siapa Tcut Nyak Dien ni?

Beliau ialah seorang pahlawan Aceh yang berperang di sisi suaminya
iaitu Teuku Umar melawan Belanda. Meskipun kehilangan suami dan anak,
namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk berjuang.
Sehinggalah beliau ditangkap dan diasingkan di Sumedang dan seterusnya
meninggal dan dimakam kan di Gunung Puyuh Sumedang.

Tcut Nyak Dien - Ehsan Google

Tak ada rezeki kami nak masuk ke dalam rumah beliau kerana semasa
kami sampai dah nak masuk waktu Zohor. Rumah tu dah ditutup
untuk menerima pelawat.

Jadi, kami hanya bergambar di halaman rumah sahaja.




Di luar pagar Rumah Tcut Nyak Dien, terdapat deretan gerai
yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional Aceh dan juga jajan.



Jam dah menunjukkan pukul 12 lebih. Perut pun dah mula menyanyi.
Hari ni lunch kami special sikit.

Kenapa special?


to be continue...








0 xoxo: