Wednesday, November 6, 2019

Hari Kedua Dari Banda Aceh Ke Pulau Sabang

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 29-10-2019

Jam 7 pagi kami turun bersarapan di lobi hotel.
Kemain meriah pinggan Cik Pya.. ada nasi goreng ada maggi goreng 😅



Pagi ni kami check out dari Hotel Al Hanifi ni.
Tapi beg besar kami tak bawa. Kami cuma bawa beg kecil.
Cukup untuk pakaian 1 malam sahaja.

Dalam pukul 7.40 pagi bas sampai.



Ke mana destinasi kami?

Destinasi pertama kami ialah ke Masjid Raya Baiturrahman.
Masih ingat tak dengan masjid yang satu-satunya teguh berdiri
walaupun persekitaran masjid habis semua hancur?

Masjid Baiturrahman Selepas Tsunami Disember 2004 - Sumber Google

Kuasa Allah yang memelihara rumah Dia. Air tsunami cuma naik
hingga ke paras lantai masjid sahaja. Jadi, sesiapa sahaja yang berlari
masuk ke masjid ini ketika kejadian tersebut semuanya selamat.

Wajah Masjid Baiturrahman sekarang ni.. Subhanallah..!! Sangat cantik 😍
Gambar-gambar sekitar luar masjid.





Bahagian dalam masjid.




Tak sempat nak solat sunat di sini kerana kami mengejar masa.
Kami perlu pergi ke jeti kerana feri kami ke Pulau Sabang jam 10 pagi.





Boleh tahan ramai juga orang kat jeti pagi ni.
Sepatutnya kami naik feri yang pukul 8 pagi punya.
Tapi feri pukul 8 tu tak jalan. Jadi, dia combine sekali
dengan orang yang naik feri pukul 10 pagi.

Nah..!! Panjang kau barisan nya..


Feri ni sama seperti feri untuk ke Pulau Langkawi.
Tempat duduk ikut no seat yang tertulis di tiket.




Alhamdulillah selamat tiba di jeti Balohan Pulau Sabang.



Pengangkutan kami sepanjang di Pulau Sabang ni.


Dari jeti kami di bawa ke Mata IE Resort.
Kata tour guide, dia nak tunjuk resort yang kami akan stay untuk malam ni.
Nanti check in malam, dah tak nampak keadaan sekeliling dah.





Selesai bergambar, kami dibawa untuk lunch.
Aneuk Laot Village nama tempat makan kami hari ni.
Lunch sambil menikmati permandangan tasik.




Tenang je bila tengok permandangan macam ni depan mata.



Eh..! Cik Pya lupa la nak tunjuk. Antara menu yang orang kata kalau datang Aceh
mesti kena makan... Ayam Tangkap nama menu nya.


Apa yang special nya ayam tangkap ni?

Emm... bagi Cik Pya rasa macam ayam goreng biasa je pun.
Tak tau part mana yang special nya menu ni 😅

Perut dah kenyang, kami dibawa ke Masjid Besar Sabang.
Untuk solat Zohor sekali dengan jamak Asar.


Destinasi seterusnya kami ke Kilometer Nol atau Zero Kilometer


Kilometer Nol ini merupakan titik 0 di bahagian barat Indonesia.
Terletak di hujung sekali pulau. Maknanya, bila kita pergi ke hujung ni,
kita adalah orang yang paling hujung berada di bumi Indonesia.

Acara wajib.. bergambar la apa lagi... 😆




Di sini juga kita boleh beli sijil. Sijil yang menunjukkan kita dah sampai
ke penghujung bumi Indonesia. Harga sijil Rp25ribu.


Erk.. Cik Pya buat "kerja" part time kejap sebab tuan empunya kedai ni takde.
Yang menggantikan dia ni tak pandai nak menaip guna laptop tu.
Kami pula mengejar masa jadi, Cik Pya volunteer jadi tukang taip 😁
Serius nye muka i... hahahaha


Kemudian kami beredar untuk ke tempat lain pula.
Kali ni kami dibawa menaiki bot untuk ke Pulau Iboih.
Ada antara ahli rombongan yang nak snorkeling.


Kami dibawa menaiki "bot kaca".

Kenapa dipanggil bot kaca?

Dibuat daripada kaca ke?



To be continue...







0 xoxo:

Post a Comment