Thursday, September 17, 2020

Berkelah Di Taman Tasik Titiwangsa

Edit Posted by with 9 comments
Cuti Hari Malaysia semalam CP ke Taman Tasik Titiwangsa.
Berkelah dengan family sambil sambut birthday cucu sedara CP.

Dari Kajang CP ke BTHO dulu.
Park kereta kat sana kemudian naik satu kereta dengan family kakak
ke Tasik Titiwangsa.

Kami sampai di Tasik Titiwangsa dah dekat pukul 10 pagi.
Family abang CP dan family Habib dah sampai.
Masa kami sampai tu, diaorang tengah decorate tempat
untuk sambut birthday Firash.


Elok dah siap deco tu kan tetiba kan datang petugas DBKL.
Dia minta buka semula. Katanya tak boleh ada sambutan kat situ
sebab kita masih dalam PKPP lagi.
Nak makan-makan boleh tapi tak boleh ada hiasan semua tu.
Kena lah akurkan takut kena denda.
So, kami buka balik semula hiasan tu semua.
Takpe lah.. yang penting dapat berkelah makan sama-sama.





Antara makanan yang ada semalam...

Vanilla cupcakes air tangan anak sedara CP

Lotus Biscoff Burnt Cheesecake air tangan anak sedara CP

Brownies Marshmallow air tangan anak sedara CP

Nutella Cheese Tart dari Bebuncit Kitchen



Paling best nasi lemak air tangan kakak ipar CP... sedap nye....!!!!

Kenyang makan kemudian kami sewa basikal.
Naik basikal beramai-ramai pusing tasik.



Fuuhhhh...!! Dah lama tak kayuh basikal.
Ketaq habis kaki-kaki ni 😅

Kemudian melayan Firash main hadiah yang CP bagi.





Suka betul dia....

Kami bersurai semalam hampir pukul 2 petang.
Sampai je BTHO terus ambil kereta balik ke Kajang.
Balik rumah mandi, solat pastu keluar semula.
Ada satu lagi mini gathering yang CP pergi semalam....



9 comments:

  1. comel je cupcake sesame street tu, nasib baik dia tegur dulu kan CP, kalau dia terus saman susah jugak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. alhamdulillah la tak terus saman.
      Kalau tidak, melayang duit.. huhuhu

      Delete
  2. Serunyaaaa .. acara sepedaan dan kumpul makan-makan lezaaat 😋

    Auto lapar aku melihat putih dan kenyalnya brownies marshmallow ..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. cari aja di sana Mas.
      Pasti ada yang jual brownies sama marshmallow tu :)

      Delete
  3. Boa tarde minha querida amiga. Reunião de família e piquenique cai super bem. Bom final de semana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boa Tarde Luiz. Sim... bem gasto tempo de qualidade com minha família. Todo mundo feliz :)

      Delete
  4. Bestnya dapat berkumpul bersama family

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Firash. Best betul dapat celebrate birthday picnic style macam ni. Good idea lah :)

    ReplyDelete