Sebab hari tu ada jemputan kat Tampin, Negeri Sembilan.
Alhamdulillah keputusannya negatif.
Ini first time CP pergi kenduri sejak virus Covid melanda.
Sebelum ni cuma kenduri di kalangan family je.
Zach datang ambil CP dalam pukul 11 pagi.
CP tumpang Zach sebab masih belum berani nak drive jauh sorang diri.
Kebetulan Ain tak dapat pergi sebab ada program lain.
Alhamdulillah perjalanan lancar je masa pergi.
Satu jam lebih juga dari Kajang ke rumah Murney.
Masa sampai pengantin tengah menjamu selera.
So, kami pun terus je lah ambil makanan.
Isi perut dulu... lapar dah sebab tak makan apa dari pagi 😅
Dah habis makan, tengah melepak tunggu pengantin potong kek dan bergambar
dengan ahli keluarga, tetiba ternampak Ijam dan Beatrix.
Sebenarnya kan, Murney tak jemput semua kawan-kawan pun.
Dalam group Whatsapp Murney minta maaf tak dapat jemput.
Tetiba dapat personal message Murney jemput datang.
So, hanya kami berlima termasuk Ain yang dapat jemputan.
Habis je family bergambar, kami pula ambil giliran.
Cantik betul Murney.. berseri..!!
Lepas bergambar kami berempat lepak berbual sekejap.
Maklumlah setelah hampir 2 tahun tak jumpa.
Macam-macam cerita nak dikongsikan.
Dan kebetulan pula, ni perjumpaan pertama kami selepas CP keluar wad.
Dalam pukul 2 petang kami gerak dari rumah pengantin.
Kami berempat bergambar dulu sebelum balik..
Kalau masa pergi tu perjalanan lancar, masa balik tersangkut dalam traffic jam.
Pukul 4 lebih sampai Kajang.
Thank you Zach sudi tumpangkan aku.
Thank you Murney sebab jemput kami.
Semoga perkahwinan Murney dan Amar kekal bahagia
hingga ke syurga serta dikurniakan anak-anak yang
soleh dan solehah...
selamat pengantin baru kawan Acu...semoga Acu terus kuat ye..nanti kita boleh jumpa minum2
ReplyDeleterindu nk p kenduri kawin kan...last pegi kenduri kawin sblum pkpk mac 2020
ReplyDeleteTahniah buat mempelai
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki orang menjemput dan dapat makan nasi kenduri. Tahniah untuk pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaminnnn..
ReplyDelete