Friday, December 3, 2021

#Throwback:: Selamat Pengantin Baru Mimi Dan Aiman

Edit Posted by with 4 comments
Throwback kenduri kahwin anak sedara pada 06-11-2021.
Memandangkan masa tu Kedah masih di Fasa 3 so, tak boleh buat majlis.

Petang 05-11-2021 dibuat majlis berinai yang serba ringkas.
Hanya ahli keluarga sahaja yang hadir.
Yang melukis inai pun datang sorang je.


Tangan Pengantin

Tangan CP


Pada hari yang sama juga, kami adakan kenduri kesyukuran
untuk CP yang dah sihat daripada Covid.
Adakan bacaan yassin tapi dibuat di masjid.
Kakak masak nasi daging utara.
Pack dan hantar ke masjid dan juga ke rumah jiran-jiran terdekat.






Long buatkan Snowy Cake untuk dessert kami sekeluarga.


Majlis pada 06-11-2021.
Nikah dan sanding diadakan pada hari yang sama.

Jemputan hanya di kalangan ahli keluarga sahaja... tiada orang luar.
Rombongan lelaki datang cuma 12 orang sahaja.

Akad nikah diadakan di rumah Cik jam 9.30 pagi.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Mimi sah menjadi milik Aiman.



Jamuan ringkas selepas majlis akad nikah selesai.






Sanding diadakan dalam pukul 1.30 petang.
Tak ada tepung tawar pun.. buat pelamin hanya untuk bergambar kenangan je.




Terlupa nak ambil gambar makanan untuk kenduri ni 😅
Ni je yang CP sempat snap...





Untuk orang kampung, makanan dibungkus dan diedarkan rumah ke rumah.



Walaupun dibuat secara sederhana tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
InsyaAllah 25-12-2021 ni majlis sebelah pihak lelaki pula di Kemunting Perak.

To Mimi dan Aiman,
Selamat Pengantin Baru.
Selamat melayari alam rumahtangga.
Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Acu doakan semoga Mimi dan Aiman kekal bahagia hingga syurga.






4 comments: