Wednesday, November 11, 2020

WW#141 Rindu Troli Airport

Edit Posted by with 9 comments
Disebabkan dah lama tak fly, dah rindu dengan troli airport πŸ˜…
So, minggu ni CP nak share sebahagian gambar kenangan dengan troli airport..

2008 - Di Suvarnabhumi Airport, Bangkok

2010 - Di Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh City

2011 - DI Husien Sastranegara International Airport, Bandung

2011 - Di Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh City

2013 - Di Taiwan Touyuan International Airport, Taiwan

2014 - Di LCCT Airport

2015 - Di King Abdulaziz International Airport, Jeddah

2017 - Di KLIA

2019 - Di Cairo International Airport, Cairo

2019 - Di KLIA2

Sekian.. itu je perkongsian untuk minggu ni 😊




Tuesday, November 10, 2020

Kenduri Tahlil Di Kampung

Edit Posted by with 10 comments
"Khamis minggu depan kak, Long dan Ngah nak buat kenduri tahlil.
Long dan Ngah nak masak sendiri. Nak join tak?"


Mesej yang CP terima daripada Cik hari Jumaat (30-10-2020).
CP terus setuju. Pagi Sabtu CP transfer duit ke account Cik.

So, hari Khamis (06-11-2020) diaorang bergotong-royong memasak di kampung.
Seronok tengok video anak sedara CP share kat story Instagram.
Rasa sedih sebab tak dapat join menyibuk sekali 😞

Menu yang diaorang masak hari tu nasi jagung, ayam goreng berempah dan kuah gulai.

Nasi Jagung

Ayam Goreng Berempah

Gulai Ayam

Terliur nye la ceq tengok πŸ˜‹

Makanan tu semua terus pack macam ni... senang.


Kemudian disertakan air kotak dan juga kek coklat sebagai manisan.
Kek coklat tu ditempah daripada Humaira Cakes and Cookies [sini].



Malam tu semua pack makanan ni dibawa ke masjid oleh anak sedara CP.
Diedarkan kat sana selepas selesai solat Isyak.
Alhamdulillah walaupun tak dapat bersama tapi happy dapat juga sama-sama kongsi rezeki 😊




Monday, November 9, 2020

Tambah 4 Minggu Lagi

Edit Posted by with 2 comments

Bersambung lagi 4 minggu PKPB kita ni ye..
Makna nye bersambung lagi lah CP berkampung kat rumah abang.

Tapi CP plan nak duduk sampai habis minggu ni je.
Ingat next week CP nak balik ke Kajang.
Rindu pula dengan bau rumah Kajang 😊

CP masih lagi kekal WFH hingga habis minggu ni.
Kalau minggu depan CP balik Kajang, CP nak mohon fully WFO.
Ada kerja CP yang tertangguh tak boleh nak diselesaikan sebab
apps ada dalam PC office.

Bila bersambung lagi PKPB ni bermakna tak dapat lagi lah nak balik ke kampung.
CP rindu dengan family di kampung 😒
Last balik ke kampung masa Aidilahda bulan Julai hari tu [sini]
Allah lama nye tak balik... rindu dengan abang dan kakak-kakak kat sana 😒

Harapnya selepas 6hb nanti PKPB ni tak bersambung lagi.
Lepas tu, rasa macam nak ambil cuti panjang nak tinggal kat kampung.
Nak hilangkan rindu puas-puas dengan family kat sana.

Sama-sama lah ya kita doakan semoga ada orang bejaya hasilkan vaksin C19 ni.
Supaya penyebaran virus ini dapat dikawal. dan kehidupan di dunia ni back to nomal.








Friday, November 6, 2020

Food Walk:: Nasi Kalut Jitra Mai, Shah Alam

Edit Posted by with 12 comments

Beberapa kali dengar anak sedara CP bercerita.
Pastu pernah tengok kawan CP post kat Instagram.
Aduiii.. rasa memanggil-manggil untuk datang.

Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Seksyen 7 Shah Alam
berjaya juga diterjah besama dengan kakak dan anak sedara CP.

Unik kedai nye sebab kena makan bersila.

Tapi kalau rasa tak selesa nak makan bersila, boleh je duduk kat kerusi.
Deretan kerusi meja ada di sediakan di tepi kaki lima kedai.

Seperti biasa, nak masuk ke kedai kena ikut SOP.

Setiap hidangan nasi dah siap diletakkan telur rebus.
Tapi kalau kita tak nak, boleh je bagitau dia.

Pilihan lauk pauk yang ada. Pilih saja mana yang mau.
Tapi pilihan lauk dia tak sebanyak yang kedai nasi kandar lain.

Harga lauk pauk macam yang tertulis kat sini..

Paling famous lauk ayam goreng garing ni.

Sebab apa CP cakap famous?

Nah tengok.. sekali goreng.. haa... 7 kuali penuh tu...

Oh! Tak lupa juga.. kat sini pun ada kari kepala ikan.
Besar-besar kepala ikan nya...

Hari tu CP ambil lauk ayam madu.. kegemaran dulu kini dan selamanya 😁

Diaorang yang lain ambil lauk ayam goreng.



Ni deretan pilihan air yang ada di sini.
Air panas atau sejuk sama je harga nya.. satu gelas RM2.

Kalau tak nak makan nasi, boleh cuba rojak pasembor.


CP dan kakak tapau bawa balik sebab nak rasa.

Eh..! Kalau malas nak turun, boleh drive thru je tau...

Drive kereta atau motorsikal berhenti tepi khemah tu.
Nanti akan ada orang datang untuk ambil order.

Puas hati dah dapat makan. Memang terbukti sedap. Kena le dengan selera tekak CP.
Nasi sedap.. rojak pasembor tu pun sedap.
Tak menyesal datang jauh-jauh semata-mata nak makan Nasi Kalut ni.


Thursday, November 5, 2020

Nyanyian Banduan Kluster Tembok

Edit Posted by with 4 comments
Syahdu pula tengok vide ni 😒


Video frontliners KKM Kluster Tembok yang meninggalkan Penjara Alor Setar
diiringi nyanyi daripada para banduan.

Mereka menyanyikan lagu Doa Wira Negara.
Penyanyi asal lagu ni ialah Harry daripada kumpulan Khalifah.

Kluster Tembok telah diistiharkan tamat oleh KKM.