Tuesday, September 13, 2016

Muzium Kucing DBKU

Edit Posted by with No comments
Sepatutnya selepas keluar dari Taman Buaya Jong
kami nak ke Kampung Budaya di Santubong
tetapi menurut driver kami
perjalanan ke sana agak jauh dan kami tak punya banyak masa
jadi, dia sarankan kami cuma melawat sekitar Kuching sahaja

Kecewa!!
tu perasaan kami berempat rasa
sebab Kampung Budaya tempat yang kami semua nak sangat pergi
emm... tak ada rezeki kami kali ni

Jadi, dari Taman Buaya Jong kami dibawa ke Muzium Kucing DBKU
yang terletak di atas Bukit Siol, Kuching
masuk adalah percuma.. tiada bayaran dikenakan
tetapi bayaran dikenakan untuk kamera digital termasuk handphone
dan juga video kamera




Di dalamnya dipamerkan pelbagai jenis patung kucing
dan apa saja perkara yang berkait dengan kucing










Jangan lupa tandatangan Guest Book sebagai tanda
kita dah pernah datang ke sini


Boleh juga beli cenderahati sebagai tanda kenangan di sini


Keluar dari muzium, kami bergambar di sekitar bangunan DBKU
dapat lihat permandangan bandar Kuching dari atas Bukit Siol



Dah.. jom turun.. panas berdenting!!




...to be continue...









Photobucket

Saturday, September 10, 2016

Selamat Berwukuf Dan Puasa Sunat Arafah

Edit Posted by with No comments
Hari ni insyaAllah keluarga Cik Darling
bersama jutaan jemaah haji yang lain
akan bertolak ke Arafah untuk berwukuf
kemuncak ibadah untuk rukun Islam kelima ini





Cik Darling doakan semoga Allah permudahkan segala urusan mereka
dan semoga mereka semua dilindungi Allah
dari sebarang bala bencana yang tak diingini

Cik Darling juga nak ucapkan Selamat Berpuasa
untuk kawan-kawan yang berpuasa pada hari ini
semoga ibadah kita diterima Allah









Photobucket

Friday, September 9, 2016

Taman Buaya Jong

Edit Posted by with No comments
Hari ketiga kami di Sarawak
kami keluar berjalan agak lewat
jam 11 pagi baru kami keluar dari hotel

Puncanya sebab pagi tu baru kami cari kereta sewa
niat asal, kami nak pandu sendiri
tapi bila tengok di Kuching ni tak banyak signboard
terus masing-masing tak berani nak ambil risiko
takut sesatttttttttt..!!!

Jadi, masa sarapan pagi tu kat hotel
kami search kat google dan blog-blog
yang mana berkaitan dengan kereta sewa di Kuching

Cari punya cari akhirnya Alhamdulillah
kami dapat kereta sewa lengkap dengan driver
dengan harga yang murah

Dalam pukul 11 driver datang ambil
tempat pertama yang dia bawa ialah ke Taman Buaya Jong
yang terletak di Bandar Siburan


Jalan masuk ke Taman Buaya Jong


Pintu masuk Taman Buaya Jong


Bayaran masuk yang dikenakan


Pelbagai jenis buaya yang diternak di sini




Buaya ni antara yang special sebab tak ada ekor


Ini buaya jantan yang diberi nama Pak Indon
kerana berasal dari Pontianak, Kalimantan Indonesia


Ini pula Bujang Sudin juga buaya jantan
antara buaya terbesar yang dipamerkan di sini



Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat
tempat pembiakan buaya
induk betina biasanya akan membenamkan telurnya ke dalam tanah


Sambil melangkah, hati sentiasa berdebar
sebab meniti di atas lantai papan berjarak macam ni
terfikir macam kalau tiba-tiba papan ni patah???
di bawah nya penuh dengan buaya
dapat tak bayang kan???
uisshhh... seram nak bayang!!!



Selain buaya, ada juga haiwan lain
seperti kura-kura, burung dan ikan arapaima


Memandangkan kami sampai lewat
kami terlepas untuk melihat show
demonstrasi bagi ikan arapaima makan
dan juga bagi buaya makan

Penat berjalan, berhenti rehat sekejap
menikmati ais krim sambil menghirup udara segar kat sini



Dah.. jom balik.. kita ke tempat lain pula
oh ya! on the way nak keluar tu
seperti biasa, kita perlu melalui kedai yang menjual barangan cenderahati
macam-macam dijual di sini seperti tshirt, key chain dan fridge magnet

Lama juga kami kat Taman Buaya ni rupanya
hampir jam 3 petang baru kami bergerak ke destinasi lain



..to be continue...









Photobucket

Thursday, September 8, 2016

All The Best Mimiot

Edit Posted by with No comments
Balik dari Serikin [sini]
selesai angkut beg masuk dalam kereta
kami terus bergerak ke UNIMAS yang terletak di Kota Samarahan
lebih kurang 45 minit juga perjalan dari hotel ke sana

Inilah tujuan utama kami ke Sarawak
anak sedara Cik Darling; Mimi dapat tawaran sambung belajar
dalam jurusan perakaunan di sini

Pendaftaran bermula dari jam 8 pagi hingga jam 4.30 petang
kami pilih untuk mendaftar waktu petang sebab nak bawa dia
jalan-jalan ke Serikin dulu



Besar UNIMAS ni tapi sorry gambar tak ada
banyak snap gambar hari tu
tapi ingat kan snap guna camera
rupanya Cik Darling snap guna aplikasi Snapchat je
memang tak ada dalam simpanan memori phone la

Selesai urusan pendaftaran, dah ambil kunci asrama
terus hantar Mimi ke sana
kami tinggalkan dia untuk kemas barang-barang
kemudian kami keluar cari makan dan beli barang keperluan dia

Bukan sengaja nak tinggalkan dia tapi sebab program dia
bermula seawal jam 4.30 petang
jadi tak nak kelam kabut maka, kami tinggalkan dia saja
kami beli makanan tapau kan untuk dia

Kami ke Summer Mall.. satu-satu nya mall yang terhampir dengan UNIMAS
sebelum cari barang-barang Mimi, kami singgah food court dulu
perut dah macam-macam bunyi dah.. angin bersimpang siur dalam perut tu

Yang kami order untuk kami berempat.. nasi udang butter dan nasi cheese




Selesai makan, kami ke kedai DIY beli segala keperluan untuk Mimi
masa ni, kawan kakak Cik Darling berpisah dengan kami
dia dan adik dia pergi kedai lain cari barang diaorang
jadi, kami jalan berempat je


Dalam pukul 7 malam kami sampai semula ke asrama Mimi
call dia minta dia turun kejap untuk ambil barang
dapat jumpa dia kat bawah asrama dia je


Dalam pukul 7.40 kami beredar dari situ
masa ni sedih sebab dah nak tinggalkan dia sorang
lambat lagi nak jumpa dia

Jaga diri kat tempat orang ye
all the best untuk mimi

Sebelum balik hotel, kami singgah makan malam di Restoran Kopi O Corner
makan sambil layan live band








Lepas makan, terus balik ke hotel
bersih apa yang patut... tunaikan apa yang wajib
kemudian zzzzZZZZZZZZzzzzzzzz

Dikesempatan ini, Cik Darling nak ucapkan jutaan terima kasih
kepada Syaikah dan adik dia (lupa nama)
atas segala pertolongan untuk hari ni
daripada pagi bawa kami ke Serikin hinggalah
hantar kami balik ke hotel di malam hari
hanya Allah yang mampu balas segala budi baik Syaikah
terima kasih.. terima kasih.. terima kasih



..to be continue...










Photobucket