Tuesday, March 8, 2016

#Throwback #2015 Sedekah Makanan

Edit Posted by with No comments
Menjelang hari terakhir di bumi Mekah
ustaz buat kutipan di kalangan ahli rombongan
duit hasil kutipan ustaz belikan makanan dan minuman
untuk disedekahkan kepada golongan musafir dan pekerja-pekerja masjid

Maka petang 10-12-2015 ustaz minta kami semua
berkumpul di depan pintu 84 selepas solat Asar

 photo Picture1_zps5tlzsrtu.jpg

Kami bersama-sama bergerak menuju ke gerai makanan
yang telah ditempah oleh ustaz
masa ni kaki Kak Ma kena jarum
so, dia rasa sakit bila berjalan sebab tu Cik Darling
suruh dia naik kerusi roda

 photo Picture2_zpszlbovdbb.jpg

Suasana di depan gerai tersebut
kami belikan shawarma falafel dan air kotak berharga SR3

 photo Picture3_zpsbieyqjir.jpg
 photo Picture5_zpsctvowobu.jpg
 photo Picture4_zps3sruoxjf.jpg
 photo Picture6_zpseyotmite.jpg

Sempat bergambar dengan jemaah dari Pakistan

 photo Picture7_zpsfnbqbqpf.jpg

Selesai edarkan makanan, kami pula beli makanan untuk kami berbuka puasa
Alhamdulillah dapat sehari lagi berpuasa di bumi Mekah ni
kami bersama-sama berbuka puasa di dataran masjid

 photo Picture8_zpsf7z00sxq.jpg
 photo Picture9_zpsrmjbgcsi.jpg

Air special pemberian tokey gerai makanan tadi

 photo Picture10_zps780tijrv.jpg

Selepas Isyak, Cik Darling dan Kak Leeza tak terus balik
kami berdua bersama dengan Habib pergi jalan-jalan ke mall
Cik Darling nak cari jubah dan perfume yang kakak ipar pesan
sempat le berposing sekeping dua di dataran masjid.. hehehee

 photo Picture11_zpss8pi4rym.jpg
 photo Picture12_zpsien8gdxi.jpg

Dapat beli jubah dua pasang
boleh lah pakai jubah baru balik nanti

 photo Picture14_zpsequohwna.jpg

Habis shopping terus balik ke hotel nak packing barang
belum balik pun hati dah mula terasa rindu dah
air mata mula mengalir.....




...to be continue...










Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment