kami meneruskan perjalanan menuju ke Bumi Mekah
Talbiah menemani perjalanan kami
Menjelang waktu maghrib kami singgah untuk solat di Hentian Wadi Qudait
ala-ala hentian rehat dan rawat kita kat sini
tapi... ha.. ada tapi nya di sini ya
Walau pun nama nya hentian tapi tahap kebersihan dan keselesaan
memang berbeza dengan hentian kita di Malaysia ni
tapi lengkaplah dengan tempat wuduk, tempat solat dan tempat makan
Oh ya! hari ni kami berpuasa sunat beramai-ramai
jadi, berbuka puasa secara berjemaah lah di hentian ni
Selesai semua nya, kami meneruskan lagi perjalanan
kami tiba di hotel Mekah lebih kurang jam 10 malam
sampai kat hotel kami check in masuk bilik
kemudian makan malam dulu sebelum ke Masjidil Haram
Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam Masjidil Haram
air mata mula menitis perlahan-lahan
Baitullah di depan mata.. Allahuakbar..!!
Pergi bulan Disember, suasana nya sangat-sangat berbeza
masih belum ramai lagi umat yang datang menunaikan umrah masa ni
jadi segala urusan kami dapat disempurnakan cepat.. Alhamdulillah
Usai bertahalul, kami empat beradik tak terus balik
memandangkan jam masa tu dah pukul 2 pagi
kami berniat untuk terus tunggu solat subuh
badan memang dah letih.. Encik Syaitan pun bukan main dok menghasut
dok suruh bayangkan tilam empuk kat hotel
kena kuat semangat wei melawan Encik Syaitan ni...
Alhamdulillah kami berjaya!!!! Yeeaaayyyy!!!!
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah
kami semua dapat menyempurnakan ibadah umrah pertama kami
air mata tak henti-henti mengalir... Alhamdulillah Ya Allah
...to be continue...
0 xoxo:
Post a Comment