Tuesday, March 15, 2016

#Throwback Hari Kedua Di Bukittinggi Indonesia

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 23-02-2016


Pukul 7.30 pagi kami sarapan di hotel. Oh ya! Hotel kami menginap ni masih sama
dengan hotel yang Cik Darling stay sebelum ni iaitu Hotel Ambun Suri. Cik Darling 
suka stay kat sini sebab dekat dengan Pasar Atas.. senang kalau nak shopping 😆


Pukul 8 pagi Pak Fery dah sampai. Pagi ni destinasi pertama kami ke kedai
Sanjai Ummi Aufa Hakim. Beli jajan Bukittinggi untuk dibawa balik ke Malaysia.


Segala jenis jajan ada dijual di sini. Yang best nye kedai ni kan, jajan-jajan tu
dibuat fresh setiap hari kat situ juga. Kilangnya ada di bahagian belakang kedai.



Jajan-jajan yang kami beli, kami pack kan terus dalam kotak. Kira nanti tak payah
nak susah-susah pack dalam beg dah. Bawa kotak tu je.. senang 😊


Selesai membeli, kami dibawa ke Rumah Sulaman Rosma. Rumah yang dijadikan
tempat untuk membuat sulaman. 



Disediakan kelas kalau kita nak belajar buat sulaman ni. Katanya, ada je orang Malaysia
yang datang belajar kat sini.





Kemudian kami di bawa ke kilang memproses kopi Kiniko di Tabek Patah.


Kat sini kita boleh tengok cara kopi di proses. Bermula daripada biji kopi
hingga siap di packing.





Selain kopi, ada juga barangan lain yang dijual di sini. Paling best kat sini boleh
beli kulit kayu manis. Murah je.



Pisang salai yang bersalut tepung pun ada dijual di sini. Sedap.. fresh dari oven lagi.






Kalau tak nak membeli, kita boleh duduk berehat minum air teh yang dibuat
daripada daun kopi sambil menikmati permandangan di sekitar kawasan tersebut.




Dari Tabek Patah, kami ke Batu Sangkar untuk ke Istano Bosa Pagaruyung.
Sebelum sampai ke istana, kami melewati kawasan batu bersurat Adityawarman.
Tengok dari dalam van je. Kami tak turun pun.


Kemudian melewati makam Raya Pagaruyung yang mana di dalamnya terdapat 13 makam.



Dan juga Rumah Adat dan Istana Silindung Bulan yang merupakan istana kediaman
Raya Pagaruyung.


Yeeayyy!! Dah sampai kat Istano Basa Pagaruyung.



Kami menaiki keretapi untuk pusing keliling kawasan istana tersebut.
Murah je bayaran nye. Dapatlah kami melihat hingga ke kawasan belakang istana.
Sebelum ni datang, asyik ambil gambar kat depan je.








Puas bergambar kat istana, kami singgah ke kedai souvenir kat seberang jalan.
Sambil tu tapaukan sekali nasi untuk kami makan nanti. Hari ni bagitau Pak Fery
kami nak berkelah. Tak nak makan di kedai.


Kami makan tengahari di Tasik Singkarak. Sedap nye.. makan di bawah pokok
sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa. Pak Fery makan dengan isterinya, Cik Darling
makan dengan kakak. Oh ya! Masa jalan-jalan ni, Pak Fery bawa sekali isterinya.
Sebab isteri dia tengah sarat mengandung. Jadi, dia tak nak lah tinggalkan kat rumah.




Usai makan, kami meneruskan perjalanan kami. Cik Darling minta Pak Fery bawa kami ke
Pasar Aur Kuning. Ada barang nak dicari di sini. Semasa dalam perjalanan tu, tiba-tiba
tayar kereta pancit..!!! 


Berhenti lah kami tepi jalan, melepak kat depan kedai runcit sementara menunggu
Pak Fery tukar tayar. Hampir satu jam juga lah kami tersadai kat sini.


Selesai tukar tayar, kami meneruskan perjalanan kami ke Pasar Aur Kuning. Cik Darling
suka datang kat sini. Walaupun deretan kedai kat sini tidak tersusun dan kawasannya
kotor tapi barang-barang jualan kat sini jauh lebih murah berbanding Pasar Atas.



Dah dapat barang yang dicari, kami bergerak untuk balik ke hotel. Di pertengahan jalan
Cik Darling bersuara

"Pak Fery, boleh tak nak singgah beli goreng pisang cheese?"

Goreng pisang cheese kat sini super nyummilicious sangat tau. Tak sama macam kat Malaysia.Peniaga kat sini tak kedekut cheese. Sedap sangat!


Beli kat penjaja tepi jalan je. Harga memang sangat-sangat murah. Puas hati. 
Lumayan kan cheese kat dalam pisang goreng ni?


Yes! dah dapat pisang gorengnya kami meneruskan perjalanan untuk balik ke hotel.
Sebelum sampai hotel, Pak Fery singgah ke kedai makan untuk kami dinner.
Perut masih kenyang sebab makan nasi tengahari yang banyak. Jadi, Cik Darling cuma
makan ayam goreng. Cik makan kue teow goreng.




Okay dah kenyang.. jom balik. Sampai hotel dah pukul 9 malam. Seharian kami keluar
berjalan hari ni. Sebaik sampai, kami tak terus masuk ke bilik. Kami singgah
melihat barang jualan yang dijual di depan perkarangan hotel. Harganya boleh tahan
murah juga.


Masuk je hotel.. mandi kemudian selesaikan apa yang patut lepas tu terus tidur
tak sedar diri dah 😅





 photo Picture29_zps1uovkupm.png

0 xoxo:

Post a Comment