Monday, March 14, 2016

#Throwback Terbang Ke Padang Indonesia

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 22-02-2016


Pukul 2.30 pagi Cik Darling dan Cik dah tercongok kat TBS ni.
Sebenarnya kami nak naik bas pukul 3 pagi untuk ke KLIA2.
Pagi ni kami akan ke Padang Indonesia. Flight kami akan berlepas
jam 7 pagi dari KLIA2.


Alhamdulillah selepas 45minit dalam penerbangan, kami selamat tiba
di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang.


Sebaik sampai, Pak Fery.. orang yang akan menjadi supir kami
sepanjang 4 hari kami di Padang dan Bukittinggi ni telah siap sedia menunggu. 

Memandangkan kami berdua belum bersarapan jadi, Pak Fery singgah
di Rumah Makan Lamun Ombak. Perut dah merintih minta diisi.




Usai sarapan, kami meneruskan perjalanan kami untuk ke Bukittinggi.
Semasa dalam perjalanan, kami singgah sekejap di Lembah Anai.
Tapi ambil gambar kat tepi jalan saja sebab Cik tak nak panjat tangga
untuk ke tempat air terjun tersebut. 



Okay done bergambar. Kemudian kami di singgah pula di Pusat Dokumentasi Dan
Informasi Kebudayaan Minangkabau yang terletak di Padang Panjang.


Selepas mendengar penerangan oleh pekerja di pusat tersebut mengenai sejarah
susur galur Minangkabau, kami bergambar di kawasan sekitar. Cik turut tak 
melepaskan peluang bergambar dengan memakai pakaian tradisional Minangkabau.
Merah menyala. Duduk pula kat pelamin warna merah. Terus tenggelam 😆





Kemudian kami singgah pula di kedai yang menjual kain sulaman yang terletak 
di Padang Laweh. Nama kedainya Sulaman Mayang Taurai. Cik Darling tak beli pun.
Cik ada beli baju untuk anak-anak dia.




Selesai membeli, kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi. Sebaik sampai, kami
terus ke hotel untuk check in dan berehat. Pak Fery tinggalkan kami. Nanti petang
dia akan datang semula untuk bawa kami keluar dinner.

Jam 6 petang Pak Fery datang bawa kami dinner di Restoran DAP. Restoran yang
terkenal dengan ayam penyet dan iga bakar. Restoran feveret Cik Darling kalau
nak makan iga bakar. Sedap..!!







Tengok iga bakar dia.. menyelerakan sangat. Korang kalau datang ke Bukittinggi ni
jangan lupa singgah makan di Restoran DAP ni. Cik Darling rekemen sangat
iga bakar ni. Sekali cuba mesti teringat 😁


Usai makan, kami di bawa pusing-pusing bandar Bukittinggi. Kemudian balik ke hotel.
Hari pertama ni tak banyak aktiviti. Sebab tak nak Cik penat. So, hari ni rehat dulu.
Esok baru kita jalan-jalan 😊





 photo Picture29_zps1uovkupm.png

0 xoxo:

Post a Comment