kebanyakan jemaah berehat di bilik
sama juga dengan kami empat beradik
memandangkan kami kepenatan maka solat Zohor kami lakukan di bilik hotel saja
masa nak solat Asar baru kami ke Masjidil Haram
Ustaz minta kami semua berkumpul di depan pintu masjid berdekatan
dengan Bukit Marwa kawasan saei
jadi, masa nak solat Asar Cik Darling bawa ketiga-tiga kakak
solat di ruangan yang dekat dengan kawasan saei
supaya nanti tak jauh kakak-kakak nak jalan
Cukup semua kami dibawa ustaz ke rumah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
rumah yang sekarang ni dijadikan perpustakaan oleh Kerajaan Arab Saudi
Nak tau tak, dah banyak kali Cik Darling datang umrah
baru kali ni Cik Darling tahu akan rumah kelahiran Nabi ni
sebelum ni ingatkan ia sebuah perpustakaan biasa saja
Di sini ustaz beri tazkirah berkaitan Penyucian Jiwa
dan juga penilaian semula ibadah umrah yang kami dah lakukan
Usai tazkirah, kami ambil kesempatan bergambar di sekitar
sambil menunggu kawan-kawan yang lain ambil wuduk
untuk menunaikan solat Maghrib
Nampak tak belakang Cik Darling tu pekerja-pekerja berduyun-duyun pulang
dah habis waktu kerja diaorang.. ramai betul
Ustaz bawa kami solat Maghrib di kawasan mataf yang baru siap
nak ke kawasan mataf baru, perlu lalui tempat yang kren jatuh
semasa musim haji tahun lepas (tahun 2015)
Allahuakbar! Tak terbayang di mata kalau Cik Darling berada di waktu tu
besar nye kren yang jatuh tu.. katanya kren kedua terbesar di dunia
Allah.. menitik air mata
Solat di mataf, dapat lihat suasana kaabah di bawah
masa ni jemaah dah mula ramai
Untuk yang rindukan azan dari Masjidil Haram
Cik Darling rakamkan azan Isyak
Sambil tulis ni pun hati dah terasa rindu nak ke sana semula
Usai solat Isyak, kami semua dibawa ustaz dinner di Restoran Felda
keluarga ustaz dan keluarga kami dinner bersama
Lepas dinner, kami jalan-jalan cuci mata sekitar mall
Kak Ma ada borong coklat kurma kat Bin Dawood
habis shopping terus balik ke hotel... zzzZZZZzzzzzz
....to be continue....
Alhamdulillah Acu berpeluang menziarahi rumah kelahiran Rasulullah. Memang mak pernah diberitahu rumah itu tidak begitu diwar-warkan kerana Kerajaan Arab Saudi tidak mahu ianya di'salahgunakan' oleh sesetengah orang/pihak...
ReplyDeleteKakcik Nur::
ReplyDeleteBetul kata mak..diaorang takut berlaku perkara2 khurafat sebab tu dirahsiakan pasal rumah tersebut