Thursday, March 17, 2016

#Throwback Batu Malim Kundang Di Pantai Air Manis

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 25-02-2016


Jam 8.30 pagi Pak Fery datang ambil kami di hotel. Pagi ni terus check out sebab flight balik ke Malaysia jam 2 petang ni. Jadi, pagi tu selepas sarapan di hotel kami terus bawa beg keluar. Oh ya! di Padang ni kami menginap di Hotel Bunda.


Kemudian kami dibawa ronda-ronda bandar Padang. Walau pun kali ketiga ke sini, tapi
ni pertama kali Cik Darling nak meronda bandar Padang ni. Sebelum-sebelum ni tak 
pernah berkesempatan.

Ini kawasan China Town. Emm... mana-mana tempat pergi pun mesti ada China Town.


Salah satu masjid yang terdapat di bandar Padang. Masjid Muhammadan namanya.


Kami ada melalui Jambatan Siti Nurbaya yang terkenal di Padang ni tapi tak sempat 
nak ambil gambar. Sebab Pak fery tak berhenti pun. Dia cuma tunjuk saja jambatan tersebut.

Kami dibawa menaiki satu bukit. Tinggi juga bukitnya. Dan jalannya pun ada selekoh tajam. Tak diberitahu Pak Fery mahu ke mana kami ni. Tiba-tiba Cik Darling ternampak signboard ni


Batu Malim Kundnag..!!!! Wah! Tempat yang nak sangat Cik Darling datang. Rasanya rata-rata orang tahu mengenai kisah Malim Kundang ni. Pemuda yang disumpah menjadi batu akibat menderhaka dengan ibunya. Sama seperti kisah si Tanggang.

Batu Malim Kundang ni terletak di Pantai Air Manis. Pantainya bersih tapi banyak anjing
berkeliaran di pantai ni. Jadi, bila berjalan tu kena hati-hati takut terpijak taik dia.


Dari jauh boleh nampak kapal Malim Kundang.


MasyaAllah! Akhirnya depan mata. Boleh lihat dengan jelas, figura tali dan kapal jelas kelihatan. Semuanya keras seperti batu.



Paling menginsafkan bila melihat figura manusia tengah sujud ni.



Alhamdulillah tercapai hajat Cik Darling nak tengok sendiri batu Malim Kundang ni.
Terima kasih yang tak terhingga untuk Pak Fery. Kata penduduk di sini, batu-batu ni ada yang dah ditambahbaik sebab terhakis kena air laut.

Puas bergambar, kami terus ke airport. Melalui jalan tepi laut.


Singgah beli air tebu. MasyaAllah manis gile air tebu ni.. bukan ditambah gula.



Pukul 11 lebih kami tiba di airport. Haa! amik kau.. beg kami berdua untuk 4 
hari di sini 😆 
Cik Darling memang banyak membeli kain sulam sebab ambil order daripada 
kawan-kawan di Malaysia.. hehehe..


Lepas check in luggage, melepak lah kami di sini sementara nak tunggu boarding.


Flight delayed. Dalam pukul 2.50 petang baru kami berlepas dari airport Bandar Udara Internasional Minangkabau  Padang ni.


Alhamdulillah 45min dalam penerbangan kami selamat tiba di KLIA2. Tunggu Amzar; anak sedara Cik Darling datang ambil. Tak daya dah nak balik naik bas sebab barang banyak 😅


Tamat sudah percutian 4 hari 3 malam di Padang-Bukittinggi ni. Terima kasih untuk Pak Fery kerana melayan Cik Darling dan kakak dengan baik sekali. InshaAllah ada rezeki Cik Darling pasti akan kembali lagi 😊





 photo Picture29_zps1uovkupm.png

0 xoxo:

Post a Comment