Wednesday, March 16, 2016

#Throwback Dari Bukittinggi Terus Ke Padang

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 24-02-2016

Seperti semalam, pagi ni kami bersarapan di hotel sebelum keluar berjalan-jalan.
Hari ni kami check out dari Hotel Ambun Suri. Petang ni kami akan ke Padang.
Sebab esok kami dah nak bertolak balik ke Malaysia.


Lepas check out, kami dihantar ke Pasar Atas. Nak bergambar kat mercu tanda
Bukittinggi iaitu jam gadang. Tak lengkap kalau datang Bukittinggi tapi tak ada
gambar dengan jam gadang.


Kesempatan ni digunakan untuk berjumpa dengan sepupu EE. Ada barang yang sepupu EE
nak kirimkan untuk family di Malaysia ni.


Aduihhh.. abaikan lah muka Cik Darling yang dah sama macam orang Indonesia.
Ntah kenapa la boleh pakai tudung macam gitu gayanya 😓

Selesai urusan dengan sepupu EE, kami ke Pasar Atas. Saja ronda-ronda sambil menghabiskan wang rupiah yang masih bersisa.


Dah habis meronda, telefon Pak Fery. Kami terus bergerak ke destinasi seterusnya.
Kami singgah di tempat yang dipanggil Panorama Sungai Landia. Tempat untuk bergambar
dengan permandangan yang menarik.



Kemudian kami langsung ke Puncak Lawang. Ambil gambar dari bawah sahaja. 
Tak naik ke atas pun. Kalau nak naik ke atas puncak tu, ada bayaran yang dikenakan.



Ini Pak fery dan isterinya yang sarat mengandung. Lupa pula nama isterinya.


Kat sini pun ada juga penjaja yang berniaga di tepi jalan.


Kami meneruskan perjalanan kami melalui kelok 44. Ada 44 selekoh tajam di jalan ini
sebab itu dipanggil kelok 44. Di pertengahan jalan, kami bertemu dengan monyet liar yang banyak berkeliaran di tepi-tepi jalan.






Perjalanan diteruskan. Permandangan begini disajikan di sepanjang jalan selepas
habis 44 selekoh.




Akhirnya sampai tempat yang dituju. Rumah kelahiran penulis Buya Hamka.
Antara rarya tulisan Buya Hamka yang terkenal ialah Tenggelamnya Kapal 
Van Der Wick.


Kedatangan kami disambut oleh cucu Buya Hamka. Lupa pula nama pakcik ni 😩


Keadaan di dalam rumah Buya Hamka.




Mendengar cucunya bercerita mengenai sejarah Buya Hamka.


Sekeping gambar diabadikan sebelum kami melangkah keluar.


Perjalanan kami diteruskan lagi untuk ke Padang. Kami dibawa melalui jalan
di persisiran tasik. Kalau tak salah Tasik Singkarak. Lupa la.... 😫



Kami singgah makan di sebuah kedai makan di persisiran tasik tersebut. 


Menikmati hidangan nasi padang sambil melihat pekerja membawa naik ikan segar
dari sangkar di tasik tersebut.


Antara lauk nasi padang yang kami pilih..







Beli kacang tanah ni buat bekal mengunyah dalam kereta. Maklumlah perjalanan
masih jauh lagi ni. 


Alhamdulillah selepas hampir 6 jam dalam kereta, kami akhirnya sampai di Padang.
Kebas montot tau duduk lama-lama dalam kereta 😅

Cantikkan masjid ni? Masjid baru. Namanya Masjid Raya Sumatera Barat.


Sebelum ke hotel, Pak fery bawa kami ke sebuah mall. Satu-satunya mall yang ada di
Padang ni. Kami ke food court. Nak tapau makanan untuk makan malam.



Macam-macam kami tapau. Konon-konon nak makan besar lah malam ni sebab esok
dah nak balik 😆




Done tapau. Jom ke hotel. Dah tak sabar nak check in. Badan terasa penat gile..

Sampai je kat hotel kan. Rehat kejap, lepas tu mandi dan selesai semua tuntutan.
konon-kononnya nak makan besar la lepas tu kan. Sudahnya nan hado.. hahahaha
sempat jamah sikit je kemudian masing-masing tidur tak sedar diri 😆😆😆



To be continue...



 photo Picture29_zps1uovkupm.png

0 xoxo:

Post a Comment