Friday, July 26, 2019

#Throwback Boulders Beach - Home Of African Penguin

Edit Posted by with 4 comments
Tarikh: 09-04-2019

Belum habis lagi tau cerita Cape Town.
Harap korang tak jemu ye 😉

Dari Cape of Good Hope [sini] kami ke Boulders Beach.


Uiks.. nak mandi pantai ke?

Bukan...

Kami ke sini nak tengok penguin 😊
Boulders home of African penguin


Pantai Boulders yang terletak berdekatan dengan Simon's Town.
Merupakan satu-satunya pantai yang dipenuhi dengan penguin.
Ia juga sebahagian dari Table Mountain National Park.


Penguin yang berada di pantai ini adalah jenis
penguin Africa atau bahasa sains nya spheniscus demersus.
Bertubuh pendek, berkaki hitam dan mempunyai
kelebihan berenang dengan lebih cepat.
Memiliki corak hitam putih dan sedikit warna merah jambu atas mata.



Disediakan jambatan untuk pelancong berada lebih dekat dengan penguin



Terhibur tengok aksi-aksi penguin ni.. comel sangat 😁







Dah puas tengok penguin kami bertolak balik ke hotel.
Tamat lah lawatan kami untuk hari ni.

Ingatkan petang tu nak rehat dan tak ada aktiviti dah.
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik

"Darling, nak ikut pergi Waterfront tak?"


Kak Ina datang ketuk pintu bilik ajak pergi Waterfront.
Tanya Dr. Tim, dia tak nak ikut.. katanya penat.
Jadi, kami cuma pergi berempat sahaja termasuk Mr. Krish.

Booking Uber.. kat sini senang naik Uber kalau nak ke mana-mana.
Tak risau kena tipu.. so, inshaAllah selamat.


Seronok jalan-jalan di sekitar Waterfront.
Macam-macam ada kat luar ni.
Masa first day datang hari tu [sini] tak sempat nak jalan-jalan kat luar.




Sempat lah juga Cik Darling "menyumbangkan" muzik kat sini 😆😆😆




Kemudian kami singgah di Walmart.
Supermarket favourite kalau datang sini.. hahahaha


Datang kali ni banyak beli coklat.. murah!!
Tapi ada lagi beli benda lain.. time troli penuh lupa nak amik gambar.
Cik Darling siap beli hand blender lagi kat sini sebab murah.


Sebelum balik kami makan malam dulu di sini.
Sejak di Malaysia lagi dah mengidam nak makan Nando's.
Maklumlah Nando's kan asal nya dari Africa.


Kentang tu sedap sangat tau.. lupa dah nama nya.
Rasa tak cukup semangkuk tu.
Kat Malaysia tak ada pula kentang tu.

Halal ke Nandos Africa?


Eh..! Jangan risau tau.. bukan saja Nando's
semua restoran yang ada kat level bawah Waterfront ni
halal untuk orang Islam makan.
Di setiap restoran dipamerkan tanda halal.
Cik Darling lupa pula nak snap gambar logo halal tu.

So, pilihlah restoran mana yang korang nak makan.
Ada pizza, ada burger, ada fish & chips dan banyak lagi.

Malam tu kami oder pizza juga.. vegetarian pizza.
Mr. Krish yang nak makan vegetarian.
Tengok lah cheese dia... very meriah..!!!


Perut kenyang.. jom lah balik ke hotel.
Badan dah penat.. nak rehat.
Esok nak jalan lagi.



To be continue...



4 comments:

  1. Oooo... baru mak tahu Nandos berasal dari Africa... :)

    ReplyDelete
  2. kakcik:

    Ye mak.. ayam peri-peri tu asal nya dari Africa :)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah dapat tengo penguin dengan mata kasar memang best giler la...cape town memang dalam wishlist la..walau tak tau bila bleh dpt check out dari list..

    ReplyDelete
  4. SA:

    I doakan one fine day u akan sampai ke Cape Town inshaAllah :)

    ReplyDelete