Cape Point adalah destinasi ketiga kami selepas Hout Bay [sini]
Sebut pasal Cape Point ni kan kalau korang nak tahu
sebenarnya, ini salah satu tempat yang Cik Darling nak sangat datang.
Memang ada dalam wishlist Cik Darling.
Kenapa?
Sebab bila baca kat internet, orang cakap kat sini
boleh nampak pertemuan dua air laut iaitu antara
lautan Hindi dan lautan Atlantic yang tidak bercampur.
Konon nya kita boleh nampak sempadan pemisah dua air laut tersebut.
Dua air laut yang berbeza warna.
Tetapi realitinya tak nampak pun..!!! 😭😭😭😭😭😭
Benda alah tu berlaku bukan kat sini.
Kata tour guide kami, tu sebenarnya di Cape Aghulas.
Dalam 3 atau 4 jam dari sini.
Emm... okay lupa kan pasal tu.. jom tengok permandangan Cape Point
Cape Point ini adalah sebahagian dari Table Mountain National Park.
Cantik kan?
Yang kat belakang tu nampak macam atas kayangan kan? 😄
Untuk naik ke atas pelancong mempunyai dua pilihan.
Samada berjalan kaki mengikut laluan trek tangga yang disediakan.
Atau cara paling pantas dengan menaiki The Flying Dutchman Funicular.
Keretapi versi pendek.. sama seperti yang terdapat di Cable Car Langkawi.
Pilihan kami?
Semestinya lah funicular 😆😆
Untuk menaiki ke rumah api yang berada di puncak tu kan
haa.. lutut kena kuat ye kalau nak datang ke sini
Sebab.. kita akan mendaki tangga tu.
Dengan keadaan angin yang sangat kuat.
Silap-silap orang kurus boleh melayang tau 😁
Ni view dari pertengahan pendakian.
Kekonon nak ambil gambar pemandangan tapi sebenarnya
nak tarik nafassss.. semput tau 😆😆
Kebetulan pula angin pun sangat kuat.
Badan yang gemuk ni pun terasa nak melayang.
Habis semua kain baju nak diterbangkan angin tau
Ni view di sebelah kiri pendakian
Akhir nya....
Yeeayyy...!! Berjaya sampai ke puncak..!!
Masyaallah...!! Kuat sangat angin kat atas ni
Nak ambil gambar kena pegang handphone atau camera kuat-kuat.
Takut diterbangkan angin.
Subhanallah..!!
Perasaan yang tak terluah dengan kata-kata.
Indah sangat ciptaan Allah.
Dah puas kat atas, kami turun ke bawah.
Untuk melihat permandangan di sebelah kanan pula.
Tak boleh nak lama-lama kat atas.
Sebab kabus dah mula nak menutupi kawasan laut tu.
View di sebelah kanan tangga
Okay lah jom turun.. semua kawasan dah jadi putih dah.
Masa untuk lunch..!!
Perut terasa lapar dalam sejuk-sejuk macam ni.
Kami lunch di Cape Point ni sambil menikmati permandangan indah.
Makan bekal yang dimasak di hotel pagi tadi sebelum keluar.
Semua orang kelam kabut.. dengar jeritan orang.
Segerombolan baboon datang menyerang..!!
Siap curi makanan orang-orang kat situ.
Alhamdulillah masa tu kami dah nak habis makan
dan kebetulan tempat kami sedikit jauh dari hutan.
Kelam kabut kami kemas semua bekas dan saki baki makanan.
Baboon-baboon ni memang suka menyerang pelancong.
Siap ada tugu khas peringatan mengenai baboon kat sini
Okay.. let's ke destinasi seterusnya pula
Destinasi keempat kami pada hari ni ialah
Cape of Good Hope atau dikenali juga dengan nama Tanjung Harapan.
Merupakan tempat paling selatan dari Benua Afrika.
Semasa dalam perjalanan ke Cape of Good Hope
kami bertembung dengan burung unta liar.
Riuh rendah dalam bas.. semua teruja 😅😅
Bila tengok ke kiri jalan.. oh mai..!!!
Ada beberapa ekor lagi burung unta kat situ.
Bila sampai je kat Cape of Good Hope tu
baru lah tau kenapa ada orang panggil Cape of Storms juga.
Rupanya angin kat sini kuat.. ombak pun tinggi-tinggi.
Papan tanda ni adalah tempat "wajib" bergambar bila sampai sini
Enjoy permandangan sekitar Cape of Good Hope ni
To be continue...
Bestnya Acu...banyak tempat menarik kat cape town ni kan...semua nampak menarik..membuatkan semangat SA berkobar- kobar nak pi sini
ReplyDeleteSA:
ReplyDeleteYe SA.. acu pun rasa tak puas pergi hari tu
terasa macam nak repeat lagi
tapi tak tahu bila lah hehehehe