Friday, July 12, 2019

#Throwback Selamat Tiba Di Mauritius

Edit Posted by with 2 comments
Tarikh: 06-04-2019


Sebaik saja di dalam flight, kami diberikan travel kid.
Ada berus gigi, ubat gigi, sleeping mask, stokin dan pen.


Tak lama lepas tu kami diberikan pie untuk alas perut.
Disebabkan waktu makan tengahari dah lepas.
Nama pie ni jadiniere pie atau bahasa mudah nya pie sayur 😋


Lepas makan, layan movie sambil melayan mata yang hampir nak tertutup.

Oh lupa nak bagitau..
Penerbangan ke Mauritius mengambil masa lebih kurang 9 jam lebih.
So, banyak movie yang boleh dilayan 😁
Tapi kan... Cik Darling lebih banyak tidur daripada layan movie.. hahaha

Terjaga semasa pramugari edarkan arrival card yang perlu diisi
untuk diserahkan di kaunter imigresen di Mauritius Airport.


Ada dua kad yang perlu diisi.
Satu kad beritahu maklumat tempat tinggal kita di Mauritius.
Dan satu kad lagi ialah istiharkan kesihatan diri kita.

Habis isi borang tu.. sambung tidur balik.. hahahaha
Okay tipu.. sebenarnya Cik Darling layan movie A Star Is Born.

Kemudian kami diberi makan malam.
Dah tak ingat apa menu nya .
Tapi yang pasti Cik Darling request Muslim Meal.


Perut kenyang, mata pun mula la nak tertutup semula.
Okay lah sambung tidur balik lah... zzzz

Sekali lagi terjaga bila pramugari edarkan sandwich dan air kotak.
Oh! makan lagi tau.
Tak tau jam berapa masa tu.. tapi masa edaran sandwich ni
kami dah hampir nak sampai ke Mauritius.


Cik Darling tak makan pun sandwich simpan masuk dalam beg
sebab perut masih kenyang lagi.

Lebih kurang jam 7.30 malam waktu Mauritius dan 11.30 malam waktu Malaysia
kami selamat landing di Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport.
Haa.. ambil kau.. berbelit lidah nak menyebut nama airport nya 😅


Tak besar pun airport kat sini.. besar sikit dari airport Bandung je.
Kat sini juga kami tukar duit Rupee.
Cik Darling tukar tak banyak pun.
Cuma satu malam je kami kat sini.
Tukar sekadar nak beli souvenir je.



Kemudian dari airport kami di bawa ke hotel dengan bas
yang telah siap sedia menunggu ketibaan kami.


Lebih kurang satu jam juga perjalanan ke hotel.
Hotel kami menginap ni terletak di Port Louis.


Sebaik check in, letak je beg terus ke restoran untuk makan malam.
Ingatkan makan buffet atau pun makanan dah siap sedia terhidang.
Rupa nya tak.. dia bagi menu, kita pilih sendiri set apa kita nak makan.
Ada appetizer, main course dan dessert.

Ini pilihan Cik Darling




Muka happy dapat makan.. walaupun waktu Malaysia dah pukul 2 pagi.


Selesai makan, semua masuk ke bilik masing-masing.
Mata dah nak tertutup, badan penat.. jet lag gitu.

Cik Darling sebilik dengan Dr. Tim.
Masuk je bilik, bersihkan badan.
Kemudian landing je atas katil.. tak sedar pun bila masa kami zzZZZZzzzz


To be continue...



2 comments: