Selepas ke Table Mountain [sini]
ada di kalangan ahli rombongan request nak beli Africa diamond.
So, kami di bawa ke kedai Africa Jewel.
Di sini dijual pelbagai jenis batu permata termasuk lah diamond
dan juga aksesori lain seperti rantai, gelang, anting-anting dan cincin.
Pelbagai jenis saiz dan harga.. pilih saja mana yang berkenan dan mampu.
Tapi sorry sebab Cik Darling tak ambil gambar batu-batu permata tu.
Macam tak berapa nak minat 😀
Tak lama pun kat sini sebab yang membeli nya sorang je.
Yang lain-lain tumpang tandas je kat sini.. hehehehe
Dari Africa Jewel, kami ke Victoria Wharf Waterfront.
Kat sini ada branded butik, supermarket Walmart, kedai souvenir,
pelbagai jenis restoran dan banyak lagi.
Seronok masuk Walmart.. barang murah-murah.
Rasa nak beli macam-macam nak bawa balik Malaysia.
Terutama kat bahagian coklat dan cheese 😆
Kami share beli telur, salad dan buah-buahan.
Cik Darling beli cereal bar dan susu untuk bekal sarapan di sini.
Sempat bergambar dengan cashier yang cantik dan makcik guard yang ramah
Sampai hotel.. berehat.. solat dan makan tengahari
Tengahari tu Cik Darling lunch makan cheese noodles
yang dibeli di Walmart Supermarket.
Tapi tak dilayan punye.. rugi la kan datang jauh-jauh.
Tak kan nak habis kan masa tidur dalam hotel je 😁
Kita ke destinasi lain pula petang tu.
Ke mana destinasi nya?
To be continue...
0 xoxo:
Post a Comment