Tuesday, July 9, 2019

#Throwback Persiapan Ke South Africa

Edit Posted by with 2 comments
Cik Darling minta bantuan En. EE untuk tukarkan 
duit Africa Rand di Midvalley Kuala Lumpur.
Untuk makluman kawan2.. duit Africa Rand ni
tak ada di semua Money Changer.
Maklumlah South Africa bukan tempat yang "Glamour" 
orang nak pergi.. sebab tu duit dia tak banyak tempat ada.


Duit yang ditukar, Cik Darling akan masukkan ke dalam angpau
ni memang kebiasaan Cik Darling setiap kali travel ๐Ÿ˜„


Selesai bab duit, jom packing kain baju pula.
Seminggu sebelum terbang biasanya Cik Darling akan siapkan
checklist barang nak dibawa dan juga baju yang nak dipakai.
Barang-barang tu akan dilonggokkan tepi beg dulu.
Termasuklah makanan untuk bekal di sana nanti.


Bila semua barang dah berlonggok dan semua dah ada
baru boleh mula packing.
Selalunya sehari sebelum terbang baru siap semuanya ๐Ÿ˜‰


Okay.. done..!!
Tunggu masa untuk terbang je esok nya ๐Ÿ˜


To be continue...





2 comments: